Saturday, 28 October 2017

ibu, terlalu lazat

[IBU, TERLALU LAZAT]



Naufal seorang yg bertertib. Entah dari siapa dia dapat perangai macam tu, high possibility dari side Papa nya sebab ibu tak mcm tu hmmm..

Apa yg saya perhatikan sejak dia kecik, ada certain behaviour memang datang dari dia sendiri. Sejak belum setahun umur dia, dah nampak..
Contoh:
1. Botol susu - dia akan pusing pusing kan botol jenama Avent tu mengadap dia, tangan kena kat symbol tulisan, baru dia minum.
2. Air kotak - jenama atau gambar/tulisan mesti mengadap dia, baru dia sedut.
3. Jajan/biskut - mesti buka secara betul. Tak bole buka plastik dari bawah (sebab nanti tulisan tu terbalik. Paham tak?) --bole cetuskan tantrum kalau kita sengaja haha!

And i can go on and on listing this kind of behaviour. Mcm pelik kan? Haha.

Sekarang, ada bagusnya perangai Naufal tu rupanya sebab dari pembacaan saya, perlu ada turutan bila kita makan.

Apa point saya?
(Dari sudut pemakanan)
Macam dalam hidangan ni, Naufal akan makan semua sayur terlebih dahulu. Kemudian dia habiskan telur dan nasi. Last dia menikmati daging. Grilled lamb. Nanti saya tulis skali resipi yang kwn sy bagi tu ya.

Perut kita akan lebih mudah hadamkan makanan bila dimakan mengikut turutan. Turutan apa?
Ya.. mulakan dengan yang paling mudah terhurai.
If ada sup, minum sup dulu (Naufal akan habiskan sup miso satu bowl before start mkn nasi).
Kemudian go for vege.
Kemudian nasi n simple protein.
Ikan, ayam.
Kemudian daging.

Kalau nak jugak makan gaul campur2 mcm biasa?
Boleh.
TETAPI, kena rehatkan perut selama beberapa jam 3-4jam if tak silap saya lah ye ...lupa buku saya baca dh missing in action. Supaya perut dapat menghadamkan makanan dengan sempurna. Jangan tambah apa2 makanan kat perut masa ni.

Nak ikut cara Naufal?
Silakan.

Saya tanya, "sedap tak Naufal lauk ni?"
"Ibu, sedap. TERLALU lazat".
Siap ada penekanan pada perkataan 'terlalu' tu.
Amboii.

Tersengih la Ibu dia dapat pujian mcm ni, tengok dia sambung makan penuh kesungguhan.

Towards the end of dinner, dia bisik kat saya,
"Ibu, lazat tu apa?"

Hahahahaha. Laaaaaaa abis tu mana dengar perkataan lazat tu?

Kalau ko la kan..
Nak gelak ke nak nangis?

Moral:
Puji biar ikhlas dan bersungguh, walaupun tak berapa nak paham.

Ok, resipi kat gmbr ye.
#hidupberimanfaat #hidupseorangconsultant #designyourlife #publicmutualjb




(Copy paste from whatsapp)

Resepi biri-biri Pn. Kem 😜

3-4 potong lamb shoulder (aku beli kat giant aje)
Serbuk black pepper
Garam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap
Madu (jgn byk sgt madu, nanti suami setuju!! Heheh)
Worcertershire sauce (dlm 3-4 sudu besar)

Campur semua bahan and gaul dgn lamb. Biar dlm peti sejuk (bkn frozen) semalaman. Esoknya boleh bakar dah. Tema resepi ni ialah lg byk sauce lg sedap. Lg byk madu lg sedap. Bile bakar boleh tuang sauce tu skali atas daging. Jgn buang plak.. and then jgn well done sgt daging tu sbb nnti tak juicy.

Selamat mencuba!! 

Friday, 27 October 2017

work-life balance

[apa itu work-life balance?]

Disclaimer: ini post mak-mak. Bukan post career women.


Siap2 kita disclaimer sebab nanti ada pulak yang basuh bersih post akak ni. Nak bash kita pulakkk. Akak humban dalam mesin basuh, baru tau ye!? Haha. Ok relaks, akak tak hijau pun.

Satu hari saya pulun kerja. All out. Set target, dan usaha supaya tercapai. Tak dapat capai? Dah usaha tak? Dah. Ok, takpe. repeat lagi supaya dapat achieve target.
Kemudian?

Saya set target lain pula.
Duduk di rumah pun perlu ada target okayyyy.
Lipat baju 3bakul ..✅
Basuh n sidai baju ✅
Gomol anak ✅
Masak lauk 2 kuali ✅

And the list continues..
(~_<)

What is the purpose of you going back to work, if you cannot meet the first requirement - to find WORK-LIFE BALANCE?

Kan?

Of course, lain orang lain kehendak dia.

Saya?
Saya akan kerja kerja kerja, pastu saya rehat pakai topi lain di rumah.


Puasnya hati saya bila begitu.
Saya bukan tak suka pembantu, tapi lebih gemar urusan hidup keluarga saya diuruskan sendiri kami anak beranak. Ajar anak berdikari, ajar diri berdisiplin, ajar diri menjaga pengurusan masa, ajar keluarga tepati masa dan janji.
Walaupun kadang2 kena jadi warden askar utk terapkan disiplin, tapi semoga semua demi kebaikan mereka juga.

Bukankah kita sering diperingatkan,
"Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Saya selalu pesan pada diri sendiri:
💕Jom, carilah masa di waktu sibuk mu. Untuk perkara yang utama dalam hidup mu.

💕Define your priorities.

💕Utamakan keluarga mu, dan masa bersama mereka.

Kerja kerja kerja.
Kemudian kita bercuti.

InsyaAllah tahun depan dapat PERCUTIAN PERCUMA dah. Alhamdulillah!
Self-reward.

Ada mak2, adik kakak yang nak ikut saya bercuti tak?

*idea datang masa tengah lipat baju dan tunggu mesin baju siap. Nukman tengah berlari keriangan pusing rumah, dan baru kenyang breakfast.

#publicmutualjb
#hidupberimanfaat
#designyourlife #designyourdeath #ida0183257138

Thursday, 26 October 2017

butter cookies

[Khas untuk pencinta haiwan]



Sebelum uolssss go crazy tengok kecomelan kucing kucing tak bertuan ini, bawak bertenang ok. Tarik napas. Tarik dalam dalam. Hembus. Goood.

Biskut butter aje la uolssss.

Akak tepek jugak la resepi ya.
Mana tau lepas ni ada yang nk tekap jugak.

Quoting Naurah this morning she said, "kita suka 🐱 cat, kita suka jugak elephant, tapi kita paling suka rabbit. Kita tak suka dog sbb gigi dia tajam"

Ohh gitu ye dik? *senyum*

Arini kita buat kucing aje semuanya ya.

Resipi:
½ cup unsalted butter, softened (110g)
⅓ cup granulated sugar (66g)
1 egg yolk
½ teaspoon pure vanilla extract (2.5ml)
A generous pinch of salt
1 ¼ cup all-purpose flour (160g)

1. First, in a mixing bowl, I will add in ½ cup of softened unsalted butter and ⅓ cup of granulated sugar. And whisk until light and fluffy.

2. add in 1 egg yolk. And add in ½ teaspoon of pure vanilla extract and a generous pinch of salt. And whisk until homogenous.

3. Now sift in 1 and ¼ cups of all-purpose flour and fold until combined.

4. Cover with plastic wrap and store in the refrigerator until the butter is set (about 1-2hours).

5. Between 2 layers of plastic wrap, roll to 1/2" thick. And use cookie cutter tu cut out and arrange in baking plate.

6. Bake in the oven preheated to 180 degrees C for about 8-10 minutes.

**adapted from watermelon cookies that i used to do
**to get soft and melt-in-mouth effect, take out 10g of the APF (all-purpose flour), gantikan dgn 10g of corn flour. Mixed and sifted.

#hidupberimanfaat #alhamdulillahrezekiharini #hidupseorangconsultant #berkongsirezekiilmu #callme0183257138

Wednesday, 25 October 2017

money tips for 20s

5money tips untuk anda yg masih 20an

The best time to start is when you're in your 20s. Here are five tips for you!

1. Buy medical insurance.
Lebih awal beli premium, lebih rendah bayarannya. Walaupun dapat company yg bagi perlindungan insurance, penting untuk memiliki perlindungan takaful peribadi, i case your company cannot cover everything.

2. Mulakan tabungan untuk memiliki rumah.
Target utk bole membuat bayaran pendahuluan (down payment dan legal fees). Asingkan akaun utk tujuan ini dan mulakan simpanan serendah rm100/month selama 10tahun.

3. Use debit cards instead of credit cards.
Jangan biasakan diri dengan tabiat berbelanja di luar kemampuan @ biasakan diri dgn hutang. Bila sudah terbiasa dan menjadi habit, it may get worse and worse!

4. Pay loans on time
Hire-purchase, credit cards loans, personal loans - antara loans yg biasa anak muda terlibat. Pastikan bayaran dibuat mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan kerana bank melihat perkara ini dan bole menjejaskan credit rating utk perkara lain (contohnya bila nk buat loan rumah)

5. Make auto-debit payments
To avoid late payments especially perkara no 4, it is highly recommended to use your bank's facilities to arrange for auto-debit payments for fixed bills e.g internet bill, phone bill, etc


P/s: akak bole tolong part tips no 2 tu.
Meh sini kita cerita ok

Cerita down payment umah
Ida
018-3257138
#hidupberimanfaat #designyourlife #unittrustconsultant #publicmutualjb #mulakansimpanan #100sebulansahaja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~