Saturday 28 October 2017

ibu, terlalu lazat

[IBU, TERLALU LAZAT]



Naufal seorang yg bertertib. Entah dari siapa dia dapat perangai macam tu, high possibility dari side Papa nya sebab ibu tak mcm tu hmmm..

Apa yg saya perhatikan sejak dia kecik, ada certain behaviour memang datang dari dia sendiri. Sejak belum setahun umur dia, dah nampak..
Contoh:
1. Botol susu - dia akan pusing pusing kan botol jenama Avent tu mengadap dia, tangan kena kat symbol tulisan, baru dia minum.
2. Air kotak - jenama atau gambar/tulisan mesti mengadap dia, baru dia sedut.
3. Jajan/biskut - mesti buka secara betul. Tak bole buka plastik dari bawah (sebab nanti tulisan tu terbalik. Paham tak?) --bole cetuskan tantrum kalau kita sengaja haha!

And i can go on and on listing this kind of behaviour. Mcm pelik kan? Haha.

Sekarang, ada bagusnya perangai Naufal tu rupanya sebab dari pembacaan saya, perlu ada turutan bila kita makan.

Apa point saya?
(Dari sudut pemakanan)
Macam dalam hidangan ni, Naufal akan makan semua sayur terlebih dahulu. Kemudian dia habiskan telur dan nasi. Last dia menikmati daging. Grilled lamb. Nanti saya tulis skali resipi yang kwn sy bagi tu ya.

Perut kita akan lebih mudah hadamkan makanan bila dimakan mengikut turutan. Turutan apa?
Ya.. mulakan dengan yang paling mudah terhurai.
If ada sup, minum sup dulu (Naufal akan habiskan sup miso satu bowl before start mkn nasi).
Kemudian go for vege.
Kemudian nasi n simple protein.
Ikan, ayam.
Kemudian daging.

Kalau nak jugak makan gaul campur2 mcm biasa?
Boleh.
TETAPI, kena rehatkan perut selama beberapa jam 3-4jam if tak silap saya lah ye ...lupa buku saya baca dh missing in action. Supaya perut dapat menghadamkan makanan dengan sempurna. Jangan tambah apa2 makanan kat perut masa ni.

Nak ikut cara Naufal?
Silakan.

Saya tanya, "sedap tak Naufal lauk ni?"
"Ibu, sedap. TERLALU lazat".
Siap ada penekanan pada perkataan 'terlalu' tu.
Amboii.

Tersengih la Ibu dia dapat pujian mcm ni, tengok dia sambung makan penuh kesungguhan.

Towards the end of dinner, dia bisik kat saya,
"Ibu, lazat tu apa?"

Hahahahaha. Laaaaaaa abis tu mana dengar perkataan lazat tu?

Kalau ko la kan..
Nak gelak ke nak nangis?

Moral:
Puji biar ikhlas dan bersungguh, walaupun tak berapa nak paham.

Ok, resipi kat gmbr ye.
#hidupberimanfaat #hidupseorangconsultant #designyourlife #publicmutualjb




(Copy paste from whatsapp)

Resepi biri-biri Pn. Kem 😜

3-4 potong lamb shoulder (aku beli kat giant aje)
Serbuk black pepper
Garam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap
Madu (jgn byk sgt madu, nanti suami setuju!! Heheh)
Worcertershire sauce (dlm 3-4 sudu besar)

Campur semua bahan and gaul dgn lamb. Biar dlm peti sejuk (bkn frozen) semalaman. Esoknya boleh bakar dah. Tema resepi ni ialah lg byk sauce lg sedap. Lg byk madu lg sedap. Bile bakar boleh tuang sauce tu skali atas daging. Jgn buang plak.. and then jgn well done sgt daging tu sbb nnti tak juicy.

Selamat mencuba!! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~