Saturday 2 July 2011

another mission?

salam..

kadang2 kita tak bole predict ape yg kita akan jumpa..or siapa yg kita akan kenal ..
i've been blog walking since ibu became a full time stay-at-home-mother. or simply SAHM.
mula2 lepas berhenti keje dulu..mmg agak kekok, seriously..mmg rase culture shock..sbb before this kita dh biasa dgn rutin, pagi pegi keje...petang balik umah..mlm rehat2..
tiba2 we are free from any appointment or meeting, and were left with our ownself to set or do things as we pleased.
seharian dari pagi until malam hanya di rumah, mula2 mmg rase sesak nafas. terkurung. murung. emo swing. mcm2 hal.. rase loss pn kdg2 timbul. sbb tak jumpa kwn2 .. hehe.kelakar bila ingat balik.
padahal ibu shud otherwise be sooo thankful, dpt bersama The Little Guy every minutes of the day. 7days a week. no, i'm not complaining on that yer.saya suka bersama nafnaf.suka sgt..
then i start blogging. out of nowhere, sbb nk buat diary on small n big things that happened in our life..on ppl that we meet, that come and touch our hearts.. and those that we get to know here and there..and mostly it will be for nafnaf to look at when he's older...

nafnaf at 6mo
nafnaf 2days old
imam muda...;)
"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan"..
**quote from Beautiful Moment

ibu terjumpa blog ni masa tgh "jalan-jalan" melompat dari satu blog ke satu blog.
then ibu rase seperti mndapat petunjuk....bila hati tergerak utk menegur dan seterusnya berjumpa this blog.
Masya Allah! This is what i've been looking for, for all this while... alhamdulillah..
setakat ni, research ibu baru sejengkal..tentang pendidikan utk anak2.
mmg papa amalkan dan minta sama2 utk pasang ayat alquran di rumah (sentiasa kt rumah pun)..

ni copy-paste dari blog tu utk rujukan ibu pada masa2 akan dtg...
""
Apabila menjumpai blog Puan Lina ini dan melihat sepasang anak puan Lina ini, terasa kagum dengan kehebatan mereka ini dan lebih kagum sebenarnya kepada Ibubapa budak ini iaitu Puan Lina kerana berjaya mendidik anaknya untuk membaca dan menghafal al-quran pada usia semuda ini.
Menurut puan lina, tiada apa lebih atau peliknya kepada anak mereka kerana semua anak-anak mampu melakukannya janji diasuh,jaga pemakanan dan teknik mengajar yang betul.
Teknik Puan Lina, ibu kepada Darwisya dan Darwish ini :
  • Mengamalkan surah2 dan ayat2 Al-quran semasa mengandung
  • Mendedahkan Darwisya dengan VCD al-furqan seawal bayi
  • Pada setiap pagi, anak-anak beliau akan diperdengarkan dahulu dengan ayat-ayat suci Al-Quran
  • Mengambil masa 30 minit – 1 jam untuk mengajar anak-anak membaca al-quran pada waktu malam menggunakan kaedah Iqra’
  • Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.
  • dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.
  • Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, Mazlina selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.
  • Puan Lina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran
Antara makanan tambahan yang diberikan kepada anak-anaknya :
  • kacang badam
  • Kismis
  • Kurma
  • Madu
  • habbatus sauda
  • buah zaitun
  • Air yang dibaca dengan surah Taha
Pada 26 Jun 2011, Darwish beserta kakaknya telah membacakan hafazannya di depan ribuan orang sempena Majlis Ulangtahun Pusat Pendidikan Al Barakah yang ke-5, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dengan disaksikan oleh YB Menteri Besar Perak sendiri - dari blog puan lina ""


Ya Allah..besar nikmatMu..dulu ibu tak nampak ape yg bole ibu buat.skarang dh nampak jalannya. Mungkin ini adalah yg terbaik.
tinggalkan kerja sbg R&D Engineer dan menjadi suri rumah..dan menjadi pendidik The Little Guy..satu pengorbanan yg tak seberapa dibandingkan dgn peluang yg ibu dapat.
Setuju sgt dgn ayat Pn Lina, "Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini."
moga ibu diberi kekuatan dan petunjuk utk menunaikan tanggungjawab dan amanah yg besar ini...utk memasukkan roh alQuran dalam diri The Little Guy..amiinn..

Yoshh!!

(>_<)v
bopandot

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~