Friday, 10 May 2013

delivery story

yaaaa...

almost 6months tinggalkan blog. berabuk dah diary yg tak semenggah ni. kesian. adoi.kes normal ibu anak 2? hihi.

marilah menaip, dgn anak di riba. demi sedikit kenangan utk mereka di kemudian hari nanti..

17th dec 2012.
siang tu Abg NF still demam. dah masuk hari kedua.. kesian dia. asyik la nk melekat je ngan Ibu.. dah la kita sendiri pn tak larat.. adik plak dh overdue 4hari..
check up 15dec sensei suruh tunggu lagi. sbb adik pn ok je genki dlm perut. steady ..steady.. berat anggaran adik masa tu dh 3.5kg. ohohoho...

papa pun selsema.apa pun tak larat.terbaring aje..
mlm tu Abg NF tido atas perut Ibu. layankn aje lah..merengek2 je dia..tak sedap badan..

4:45am
terjaga sbb start rase sakit. before ni pun ada juga rase contraction, tp tak berulang.. ni repeated in 15min.. kejutkn Papa. ckp mcm hari ni je nmpaknya..sbb dh consistent je,bkn false alarm dh ni..
Papa alert. alhamdulillah selsema dia pun dh ilang.
panas The Little Guy pn mcm dh surut. alhamdulillah..
siap2 barang utk tumpangkan The Little Guy dkt jiran. sempat solat subuh dan siap2.
contraction masa ni mcm dh makin kerap. tak ingat dah, tp less 10min sekali dah..

6:30 am antar The Little Guy. dia mcm konfuse, tp tak meragam. kakak yaya ada bole main ngan dia. bekalkan skali ubat in case dia demam semula. lps tu terus bgerak ke klinik. ok, nervous jugak.

6:45am sampai klinik. before gerak tu dh call alertkan clinic. masa otw pn dh breakfast pisang and kurma sket. apa yg sempat..
bidan bertugas mlm tu check, dh 2.5cm katanya. maybe bersalin petang ni..paling awal la..

7:00am check in kat ward menunggu.
kat jepun ni, selagi tak 10cm, mmg dia suh dok ward bukan dok labour room. masa sampai tu, ada lagi sorang tgh menunggu gak. bidan tu ckp, dia sakit dari mlm td. owh. Ibu org ke dua dlm bilik yg ada 6katil tu..
rehat2, bw bertenang (sementara masih bole btenang ni) dan bgtau mak ayah/mak abah..

ok. masa ni its all happened quite fast. maybe sbb ni 2nd delivery, so masa jadi lebih pendek.
time ni tak de nk tgk jam sgt dah. sbb fokus pada sakit yg dtg je.. bermain dgn perasaan, supaya kekal kuat. dah la sensei n nurse dh ckp awal2, mmg takde pain killer or ubat utk bersalin. semua natural.
pehh.. first delivery dulu, dh amik epidural. so i dont really know how its gonna feels like. the natural pain of birthing. phew. mind over matter..

ok, agak kelakar, sbb awal2 tu agak takut (masa ni mcm blom btenang sgt). skit2 suh papa panggil nurse suruh check dh bape cm. cam nk cepat2 bersalin. takut if lama.. hahaha
masa ni dia ckp bole nk jln2. tp ibu mcm tak berani, so duduk je kat katil. tiba2 dtg satu wave, sushhh keluar air n darah. natural ok. ketuban pecah. gelabah panggil nurse.
steady je nurse ni, senyum2 ckp dayjyoubu (takpe). dia tukarkan baju, tukarkan cadar. pakaikan pad.
start lepas tu each time "wave" contraction datang, air keluar skali. time ni dh tak selesa nk duduk.
nurse encourage utk jln2. tp aiseh masih tak berani. dgn berbaju pendek, sampai lutut tu je. malas nk bersiar2 kang tak pasal2 terserempak ngan kaum bapa lain. aurat..huhu
ibu berdiri je dkt meja. masa ni Papa tak bole g memana. temankan ibu. dia la yg tlg gosok kat bahagian belakang utk reduce sakit. mmg sakit .. kebas rase tulang punggung...
bertenang dgn cara tarik nafas dan lepas slow2 masa sakit tu tgh tinggi. wow, bila pikir balik - bole tahan kuat.
time tu mmg takde buat mcm dulu2. tak genggam kuat2 pn tgn papa. just bertenang. sangkut badan je kat dia. it feels so much easier this way..

10:00am (about la)
tiba2 rase mcm naaaakkk sgt teran. dh terteran pun. takut. cpt2 suh papa panggil nurse. nurse ckp, eh dh ready. jom pegi toilet. kita buang air/berak. "what? baru skrg nk kena membuang??"
Papa ckp cuba. huhu..ok jom..jln slow2 nk keluar dari bilik ward, belok kanan nk ke toilet. tiba2 terteran lagi. terus stop and ckp kat Papa, takmau g toilet.. nak teran dah ni.. nurse pun mcm dh agak panik. terus dia ckp "ok, jom pegi labour room". terus belok kiri, pegi labour room.

10:15am
dia suh naik "katil ajaib".. siap2 kan apa yg patut.
masa ni tak nampak sensei lagi. tp ada bidan bertugas. owh sgt supportive diorang ni.. masa first time dia suh teran, bahan buangan yg ter- keluar. (adoiiii..kes x sempat pegi toilet. kekekeke) maluuu sangat masa tu. tp sbb diorang relaks je tak ler segan sgt. tengah sangat sakit ok!
then teran lagi, papa mcm biasa memberi semangat sambil2 tlg translate apa yg kena buat. mujur 2nd time, tak panik mana sgt. hahaha
tiba2 papa ckp "dh nmpak kepala!" .. terus jadi lebih semangat. push sekuat ati time ni..fuh keluar kepala baby. adoiiii legaa.
masa ni sensei ck jgn push dah. relaks.tarik nafas mcm biasa. eh? biar betul.. rupanya diorang tolong part ni. so dh kena lepaskan tangan dari holder tu. sensei tak bg pegang langsung, sbb dia tak mau kita push.
and soooo terdengar la suara jeritan si baby. alahaii.. feeling tak leh citer time ni..mixed habis perasaan. sayu, happy, lega semua ada..
nurse letak atas dada..dan papa azankan iqamahkan. Allahu Akbar..

10:34am
adik selamat di lahirkan..normal delivery, takde jahitan.
berat 3.6kg,  baby girl..
lengkap la penantian kami 40w5day.
lepas selesai di labour room, dipindahkan ke ward sementara utk monitoring.




masa ni duduk kat katil menunggu tadi. bila dh ok, dia suh ke tingkat atas utk berehat di ward selama 4hari utk pemantauan ibu n anak. bagus la sistem mcm ni. dijaga both, ibu n anak.
alhamdulilah adik takde kuning, ibu pn lancar dpt menyusu takde sakit2 demam etc. malah ibu membuang pn dia take note. if tak lancar perkumuhan dia akan bg ubat. takde dah mimpi ngeri sembelit mcm dulu. ;)

dibekalkan cd heartbeat baby, gmbr right after bersalin, gmbr baby n parent, cop kaki dan details utk kenangan. ;) aaah so sweet la depa ni. dh tau kita dok kalut2, nurse tlg amik gmbr n print siap2. thumbs up!

my little family. SUPERLOVE. p/s: ya si abg masih terkedu dgn insan kerdil kat tepi ibu dia. hehehe

ok nnt2 sambung citer pantang plak.
:p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~