Friday 16 November 2012

kisah dia..dan makanan..a random story

just nk letak gambar2 my Little Guy yg mmg suka makan. ya, dan Ibunya suka amik gambar dia makan. hahaha.. ya ampun, tak bole nk nolong la.
sampai dia pun dh tak heran ibu dok ambik gmbr dia.

selera nya? ya, mewarisi Papa. most of the time (tak all the times ya) dia mmg bselera makan. if kena dgn selera nya, kena ngan masa nya (time lps bgn tido/balik jalan) mmg seronok tgk. habis semua. ada hari langsung tak jalan jugak. hari2 dia moody, or gigi geraham nk keluar. or simply dh kenyang. Ibu je yg over cautious kot2 anak lapar. hahaha..ala, biasalahhh...  >.<

just one of his favourite - pasta. masak sup pun ok.

any kind of muffin will do. ada coklat chips lagi dia suka..! just like Papa..

dah lama exempted guna open cup, makan sendiri, etc. mujur..sbb kat hoikuen(nursery) mmg diajar mkn sendiri.

plain rice selalunya nihonjin tabur bijan itam. pun dia tak kisah. asalkan beras jepun. habis...

guna sudu garfu also dh passed. tapi if guna tangan kanan, mesti tgn kiri naik skali. T_T

kat kedai..makan nasi sup cendawan.

and he loves any nuts! semua kacang dia akan makan. dgn syarat, ibu kena gigit/blend kasi hancur dlm mulut. pastu pass kat dia. dia tetap nk suap sendiri. almond, pecan, macadamia, cashew, ground nut, apa2 lah.. semua sapu.:)

buah? tak perlu dinafikan lagi. sampai kan ibu tgh makan pun, dia 'hijack.' nak both hand. ayoo..

kay eff ci homemade. hahaha. sedap kan kan?
ok lah. tgk dia makan ni, lapar plak ibu. nk mcari mkn jugak!



Thursday 8 November 2012

Progress report

progress report on his hoikuen day.

hee..semangat buat new entry sementara he is taking his afternoon nap, dah kenyang, and me got nothing better to do. Papa puasa today, utk his iftar dia cuma minta "spaghetti special" (Special - means not using tomato. he asked for Olio la tu with lots of seafood). ya, ada juga masa lapang. sekali sekala. dpt update on the spot. satu peluang yg jarang berlaku. hehehe..

muka excited habis. T_T ooo suka yer tinggal ibu kat umah sorang2.. 

This is him this morning, ready for his 2nd day at nursery. since arini ada mkn lunch, Ibu just top up steamed broccoli (his favourite), some telur dadar with vege, and ayam breadcrumb. semua sikit2 je. his ladybug bag, and bento bag. amboi, excited ok dia ni nak gi sekolah. bila nk pegi tu, tata2 kiss Ibu then cepat2 nk kuar pintu. Papa anta dia pagi ni.

The other day, Ibu was busy labelling semua his attires. including sapu tangan, kain lap (tuala good morning), seluar, baju, jacket etc2..
dh ada specific list brg apa perlu di bawa setiap hari.. among those are:
a mug + tooth brush,
2 pairs of clothes
apron (bib utk meal time)
sapu tangan, kain lap (tuk basuh punggung if dia ber*k)
pyjamas + futon cover (if dia join masa tido skali)
tuala - tak perlu winter ni budak2 dia tak mandikan.
plastik utk letak baju kotor.
dan lain2 lagi..

my ever helpful little guy. mmg lah dia ni...selowww jadi keje sbb dah ada "pembantu"..  ;p
  
contoh resit bayaran..cuma 150Y. hehe..

ok, kita citer sket pasal report progress. setiap kali kita nk balik, sensei (cikgu kat kelas) akan bagi feedback how he's doing today. makan ok ke tak, apa dia makan, apa dia tak mkn, habis ke, nangis ke, gaduh ke etc etc.senang citer details ler. 
sebelum datang patut nya kita kena isi borang ni, then serahkan kat dia. dlm borang tu kita isi apa dia mkn pagi ni masa breakfast, bape suhu badan dia, kul bape dia tido n bangun. 
then before balik, cikgu dia akan isi kat ruang feedback tu utk parents tau anak masing2 punya perilaku.
:)

ni first day report.
basically, (from my memory la yer. Ibu buta huruf jawi diorang ni. hehe).. masa mula2 antar The Little Guy nangis tapi kejap je. lepas tu terus dia main. tak la kira nya takut org pun. (silap Ibu sebenarnya, masa nk tinggalkan dia pi panggil namanya and said tata..uhuu). masa main kat luar, dia bole baling bola dgn baik. dpt bgaul ngan kawan2. uh, apa lagi. tu je la kot.. sapa pandai baca tau la complete report ni. 

yg ni plak progress report 2nd day
aritu masa balik hari pertama, tak dpt borang ni. so tak isi la suhu, meal breakfast etc.
pagi tu The Little Guy mkn roti bakar, yogurt, susu and some buah. report ni ckp, arini dia langsung tak nanges masa Papa balik. Pastu diorang ada aktiviti kat taman luar dari nursery. ok la dia suka. masa makan dia habiskan nasi, semua brokoli (bagus! tak sesia ibu ajar mkn sayur.hehehe), half telur, and ayam dia tak mkn. nursery bagi buah pisang. dia mkn tapi tak byk. (dh kenyang kot. )

masa kami dtg ambil, budak2 lain ada yg dh start baring2 utk afternoon nap. ada yg baru ditukar baju n pampers.. The Little Guy dh siap tukar baju, pampers. tgh duduk2 kat meja, tgh belek2 buku. alahaiii anak ibu.. :) bila Ibu panggil dia, dia senyum je. happy je. siap2 ambil all his belonging, sambil sensei dia bagitau Papa apa yg berlaku hari ni (as per report tu).
then kami ke office utk buat bayaran n book for next monday plak.
The Little Guy dah start nguap2, ngantuk! wah wah.. good eh, slalunya kul 1-2 still aktif menyepah2 kan rumah. maybe the activities kat nursery, drained all his energy. lagi pula, perut dh kenyang..
balik umah, Ibu just give him some milk and tepuk2 jap then walla.. senyap tidooo....off to lalaland.. ;)
bagus juga kan.. sbb td masa ambil brg2 dia, dia sempat join kawan2 dia yg baring. eh, nk join tido skali ke?
next time ya sayang..nnt bole join kawan2 tido. skrg kita balik tido kat rumah je dulu.
sleeping on my cushion. ala2 futon utk dia.

NF's first day at nursery (hoikuen)

5th Nov 2012, Monday

hari ni The Little Guy is going to a nursery. finally..!
selepas berbulan2 tunggu still tak de kosong (kami apply government nursery. if private sure tak perlu tunggu pun, tapi fulus la kena banyakk).. ari isnin yg lalu lepas amik ubat kami ke ward office utk btanya lagi.

program ni dia panggil "refresh". basically dia tak de byk tanya, on what reason kita nk anta anak tu. tapi tak la bole setiap hari. kena booking in advance, and bergantung pada kekosongan. setiap kali balik, baru bole booking utk next. tak bole siap2 booked utk whole month (contohnya la).

utk kes kami, since Ibu is pregnant and tak lama je lagi nk bersalin..ada added advantage. bole anta 14days straight start dari hari Ibu bsalin. bayaran pun ikut hari la.. sehari if tak silap 1,000Y.. pheww we are just lucky to check this, on time je.. sbb dia kata kena bgtau sebulan sebelum. so 20th ni kena call hoikuen tu again utk booking yg 14hari tu nnt. ok la kan..kesian juga Papa nnt if The Little Guy tak gi sekolah, nak take care Ibu dlm pantang lagi, kena tlg setelkan keje rumah lagi. then nak tgk2 kan si hero ni lagi.. and most importantly, The Little Guy dpt juga keluar dan bmain ngan kawan2.. ibu time pantang tak keluar rumah la kot selagi tak perlu, dh la time tu winter. ishh.. sejukk!

skarang The Little Guy still dlm tempoh percubaan. meaning, tak bole langsung direct 1 full day. mula2 hantar sejam, then hari ni (khamis) kami anta 3jam.. next depend how report cikgu dia, ok ke tak.

mula2 sejam sbb tak mau tlibat dlm masa makan. breakfast kat hoikuen kul 9:00am.. so kami antar kul 9:30-10:30am je.
byran pun ikut jam, sejam 300Y utk yg berpendapatan. mcm Papa since he is a student, dpt la half price. sbb zero pendapatan. bagus kan? :)
hari ni The Little Guy join masa makan, pukul 11.30am nnt. so kena la buat skit bento kerana menu arini ada lauk daging. next time if everything ok, bole dia join utk masa tido plak. dh almost full day la tu..

ok citer panjang2, jom kita tgk gambar plak..
hari pertama. he mixed too well, i must say...tak de nak nyorok blakang ibu pun. terus je join main. ;)
kat Jepun ni, tak bole sebarangan je nk amik gambar. selalunya kena minta izin. lebih2 lagi if melibatkan muka org lain.. kat nursery ni, sensei dia ckp bole amik gmbr tp harap takde gmbr budak2 lain. muka cikgu2 takpe. isu sensitif ni, maybe ada parents tak suka org publish muka kids diorang sukati.. kena take note tu ya..
jom tgk sekitar kawasan his nursery..
standard practice..kecil2 lagi dh di train utk susun kasut. setiap ruang ada nama tuan punya.
oh ya, The Little Guy di letak kat kelas Usagi (arnab) utk anak2 1tahun ke atas. since dia belum lagi birthday 2 tahun.. so comel kelas dia... :) kelas The Little Guy cuma ada 13 org (including him) tapi ada 4 sensei yg akan supervised anak2 ni. 
ni meja2 comel utk budak2 tu duduk buat kerja.melukis etc la kot. beg2 plastik tu utk letak baju2 kotor diorang. bakul2 tu plak tempat brg2 mcm sapu tangan (if tak silap). semua barang mesti dilabelkan nama.

yg ni plak area diorang basuh tangan. diajar juga cara betul cuci tangan. ngan sabun, lepas tu lap. etc.. on the right ni pintu keluar utk ke taman permainan.

rak kayu ni tempat simpan baju salinan extra. topi etc. atas tu ada minuman ocha utk anak2. on the far left tu, tempat bakul pampers n wet tissue. parent kena sediakan wet tissue masing2. sebelah rak pampers tu toilet.

board yg ada mcm name tag tu Ibu tak sure apa. tapi snap juga sbb nk tunjuk keseluruhan kelas.

dlm almari tu tempat dia simpan futon(tilam nipis) utk masa nap. parent kena sediakan futon cover. on the right tu pintu masuk. yg carpet purple ni tempat diorang main, assembly greet ohayou dan tempat nyanyi (tempat aktiviti juga la)..

just to show location meja comel yg kecil dan carpet purple tu. sebelah2 je..

hm.. ape lagi?

panjang plak entry kali ni. anak first time bjauhan la katakan.. ;) walaupun anta sejam je utk 1st time, dia tak bagi kita tunggu kt situ. dia suruh kami balik. pe lagi, Ibu n Papa pi dating la. beli air, limau n hotate bakar.. lepak tepi kat kerusi while waiting for him.
lagi satu, time amik..ini budak tak mau pulang wooo... hahahaha.. parah betul. seronok sgt yer dpt ramai kwn2.. time 10:30am tu diorang still tgh main. so mmg susah la kan, tgh syok main kena panggil balik plak..
sian dia, next time bole main lama skit ya..:)

The Little Guy mood sgt baik. balik umah pun dia pot pet pot pet.. entah apa yg cuba disampaikan pada Ibu. happy dia ya.. sampai aritu langsung dia tak tido siang! for the very first time tak nap. excited sgt kot??! T_T

ok, nnt kita citer lagi how his 2nd day plak..
nk siap2 kul 12noon kena amik dia.

Tuesday 6 November 2012

Bunka no Matsuri

4th Nov 2012, Ahad

hari ni kami tak kemana sebab Papa terlibat utk tlg gotong royong pasang n turunkan khemah utk festival di kawasan perumahan ni.
hari sabtu adalah public holiday, sempena hari kebudayaan. tapi since its on saturday takde la plak hari isnin tu cuti.
Ahad tu diadakan festival (matsuri). pagi2 kul 7:30am Papa dh keluar utk tlg pasang khemah etc.

around 12noon lepas solat zohor kami jln2 nk tgk-tgk apa yg ada..katanya ada juga games utk anak2.

 kat hujung area ada disediakan ruang utk games anak2. tp tak sesuai utk umur The Little Guy. malangnya.. ada a few games mcm drive mini bus ni, memancing belon, tangkap "ikan", buat bunga etc etc.. tp semua utk older kids aje..
ada penyanyi. mcm biasa ala2 konsert gitu. kt belakang dia ada port letak gendang2 byk kecil n besar. ibu tak amik gmbr plak sbb time tu diorg tak buat persembahan.
kiri kanan sepanjang jalan ada byk gerai. tp as usual la, bole jamu mata je la.. takde yg  "menarik" utk di beli. hehehehe.. contoh2 gerai- gerai makanan, minuman, pakaian, brg2 antik, jual kasut pun ada!
tapi rasenya tak semeriah masa Furosato Matsuri time bulan puasa aritu.. matsuri ni dia buat satu hari je, pagi sampai petang.. 
kami jumpa ikan sanma bakar je. itu pun dia tak jual sbnrnya, tp kita byr utk derma dlm box utk bantu mangsa tsunami tahun lepas. (means ikan tu takde harga, ikut kita la nk "bayar/derma" berapa). agak2 dh abis round kawasan tu, last2 kami turun g kombini n bakery kt bawah tu. beli air coklat, onigiri utk ibu, and anpanman utk The Little Guy.
berehat2 makan n minum jap sambil borak2. pastu around 2.30pm kami gerak balik umah.. sbb kul 3pm Papa nk kena turun tlg kemas khemah plak.. otw balik tu nmpak ada gerai yg jualannya dh abis sudah ditutup.. ini budak? bwk stroller utk dia, bukan nk duduk pun. last2 letak beg ibu, and dia tlg tolak je..

Monday 5 November 2012

farewell dinner

Rabu, 31st Oct 2012

Papa jemput kak Ita dan keluarga nya utk dinner sama2 kt umah mlm tu.. sbgai tanda farewell kami jiran nya.. sedih2 juga, tp tu lah..bertemu dan bpisah tu adat manusia. insyaAllah ada rezki umur dan kesihatan, kita akan jumpa lagi.. hm...gmbr ngan kak Ita pun tak amik yek mlm tu..

pagi selasa tu kami ada urusan sket, di samping nk amik ubat utk The Little Guy. sian dia idung tsumbat gak. nk suruh hembus dia bukan reti lagi..
papa pun amik ubat jugak.. so dua2 la dpt ubat.
ubat kat jepun ni details. siap ada gmbr2 lagi. utk kanak2 selalunya 1 je, kdg2 cecair, kdg2 serbuk. tp tetap diberi details la apa isi kandungan nya.
utk papa pun sama. siap ada gmbr ubat, aturan makan dan bape biji kena amik each time. bagus kan?
senang keje. just tampal je ketas kat fridge or mana2 yg senang dilihat.
senarai ubat.
 kami seterusnya ke pasar Matsubara beli sedikit keperluan nk masak mcm sayur, ikan etc. terjumpa sebenarnya ketam XXL size ni. not in our plan... skali tgk ishh cam sgt menarik utk dibiarkan. hehe. terus sambar sekor. harga pun sgt2 murah. sebesar ni cuma 1,500Y.. ! selalu 3-4,000 yen gak.

menu kami malam rabu tu: nasi putih, ikan merah masak 3rasa, sup ketam, dan sayur goreng. alhamdulillah, simple2 je. itu pun slow n steady jugak nk kena prepare.. mmg sgt slow makyung tak larat nk buat laju2. hehehehe..

first time ibu masak ketam sebesar ini! wooohh...

jamuan raya Aidil Adha di dewan Senmarudai

28th Oct 2012 - Ahad

acara mkn2, berkumpulnya ahli keluarga yokohama di dewan senmarudai. sempena hari raya, juga diadakan bacaan tahlil serta majlis perpisahan seorang ahli keluarga kami yg bakal pulang ke malaysia (by this time, dh selamat kat tanahair pun..huhu sobss).. Kak Juwita (kak ita), my neighbour..

dewan telah di booking oleh papa from 10am-4pm. pagi tu sedikit hujan.. the Little Guy plak bgn lewat. around 9am baru thegeh2 nk bangun, mandi n breakfast.
menu dh bincang2 kt fb, masing2 yg dekat akan bwk main menu secara potluck. nama je potluck, tp dh decide la supaya seimbang lauk pauk, nasi, kuih muih, air etc.. ramai tau ahli keluarga yokohama ni..
aritu lebih kurang 30-40org (dlm list jemputan laa). ibu tak kira la plak actually bape org yg hadir. belum tmasuk ngan kanak2 riang lagi tu.. hehe

ibu offer diri utk bawak daging goreng black pepper, sambal tempoyak, dan juga kek butter with creamcheese frosting. wah, bunyi cam gempak. tp tak menjadik pon frosting nya.. hahaha. biasala, budak baru blajar buat kek. tp alhamdulillah habis laku dan dpt thumbs up gak ler tho ibu rase masa Akio dtg aritu lagi gebu kek tu. tataauu aaaih mana silap, a bit dense my butter cake aritu. mari salahkan faktor cuaca! hihihi..

sambal tempoyak, cicah ulam... hooo habis licin!

kena isi minyak penuh2 before pegi majlis. sbb nnt dia asyik nak main tak mo makan! T_T

yg pakai mask tu Papa.
byk lauk pauk aritu.. antara yg ibu ingat la.. nasi minyak, nasi beriani, ayam kurma, ayam percik, ayam masak merah, sate daging, mee bandung, pecal, soto, lodeh, nasi impit, kuah kacang, lemang, acar, ulam dan sambal tempoyak, kuih muih, kek, pudding, buah2, and juga jeruk! *ada lagi tp lupa dahh
sorang ahli keluarga yokohama yg baru sampai, Kak Nani (baru tiba mlm sabtu tu).. dia bwk 3peket jeruk pak Ali. fuhh.. pucuk di cita ulam mendatang gitu. makyung2 sekalian pn apelagi. hehehe. rase sikit2 je yer. masih belum lupa diri... ;p
majlis lancar dan meriah, alhamdulillah.. tapi masa penyampaian hadiah tanda kenangan pada kak ita, dan ucapan perpisahan dia ibu tak dpt tgk ...masa tu dok layan budak2 kat luar dewan. aiseyyy..



dinner kt luar.. sbb ibu tak larat nk masak. sheme sheme. ahahaha.. alasan!

Friday 2 November 2012

Apa sudah jadi??

hahaha..
kisah ni bukan utk diceritakan pada sesiapa pun.
tapi nk letak juga kat sini sbgai kenangan.






apa "sebenarnya" yg telah terjadi..? kenapaaa jadi macam ni?
biarlah kisah ni jadi rahsia Ibu n Papa je. hihihi

sekian.
cet. baik takyah citer kan? hehehe

p/s: Papa, u look good bila almost botak tau! handsome..!

check up baby 33w

Assalamualaikum.

kena rajin menaip utk tulis perkembangan baby.
ari sabtu 27th Oct, kul 9am appointment doc. awal pagi tu kena siap2... ibu cuma prepare mee goreng as breakfast.
kali ni ujian protein nurse cakap ada sikit tinggi garam (dlm hati: urmm ni mesti sbb mee goreng huhu)..
lenkali pepagi makan cereal je la Ibu kalo ada check up pagi2.. ;p

Ibu n Papa kena pakai mask sbb still selsema. takbole sebarkan virus pada org lain.
mask
kalau ikutkan, nurse ckp lenkali if sakit batuk selsema etc, call dan tangguhkan appointment. langsung tak bole dtg. punya la depa jaga tak bagi org lain kena..

ok pasal baby plak.
kali ni masa scan 4D, nampak baby nguap. alalalala..ngantuk dia ya.. bukan sekali,tp 2kali! awwhh.. ngan sensei skali tersengih sbb comel je dia nguap. ^_^.. before tunggu sensei scan tu, The Little Guy dok cium2 perut ibu. dia mana bole tgk perut Ibu, mmg dia sayang adik sgt (kot?) nih...
mmg setiap kali scan, dia akan baring on my side, tgk skali skrin sambil2 ckp waahhh... hehe.anak ku...
kagum sgt la tu kononnya.. ada gmbr ultrasound 3D ngan 4D tu. alahai, malas plak nk ambik gmbr.
nnt la kalo update.

berat ibu pn ok. for the record, dh 33w+ ni (8bulan lebih) total weight baru naik 7kg. uhh..? unbelievable kan kan kan?? kalo kat msia ni, rase dh bbelas2 kilo dah... punya laa kena jaga makan... hoooo, sini kurang godaan. ;p mkn tetap makan, tapi jenis makanan la kot.. dh bape lama kat umah ibu tak masak benda2 bersantan, goreng2 yg deep fry pun kdg2 je bole kira ngan jari. ikan2 sumer grill. sayur mostly ibu mkn yg fresh (salad) or celur. kdg goreng juga sbb Papa suka sayur goreng.
tapi kan... perut rase cam ketat sgt. adoii. haha. ye lah, baby dh 2.3kg+ .. perut plak kecik aje. bila ckp kita dh 8bln, mmg org ckp ehh? kecik je.. takpe2, nnt sonang nk slim semula. tak yah sesusah diet sgt dah. :P
lagi 2 minggu appointment lg.
after that, akan start weekly check up dah.
fuh fuh.. meaning due date semakin hampir. lap peluh. nervous.

ibu dpt ubat selsema. serbuk. 3xsehari kena makan sebelum makan. yg lagi 2 org tu kena amik ubat kat klinik lain.

lps tu g Costco beli barang sbb esok ada kenduri raya kt dewan Senmarudai.
berehat minum air n makan pizza kat Costco
pastu balik singgah ke rumah kawan sbb dia jemput utk dinner. alhamdulillah rezeki.. :)

balik kepenatan. terus off zzZzzzz...

Saturday 27 October 2012

Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum.
Selamat hari raya AidilAdha pada yg menyambutnya.

Raya perantau di negara org.. mana mungkin semeriah di tanah air.
malam2 raya, dgr org btakbir kat radio. ada la sikit amik feel mcm raya di kampung.
kuih2 raya, rendang, nasi impit etc semua takde usaha pun nk prepare. haha..sapa mau mkn?
mak yung ade check up ari sabtu.. mkn rendang2 tu semua mengundang "bahaya" .. ;p
Papa masih selsema, dh 3hari.. so anything yg bminyak dan pedas2 semua tak laku.

kami tak pergi embassy pun tahun ni. sbb? ari jumaat, parking kna bayar + Papa tak bape sihat. malas nk renyah2 ulang alik sbb nnt solat jumaat kena patah balik yokohama..embassy tak conduct solat jumaat.
nk gi naik densha, Ibu pulak dh tak bape nk gagah.. sekian.
so kami tahun ni solat kt Masjid Yokohama je. eventho kat sini cuma solat, takde makan2 mcm embassy tapi still meriah. kaum org malaysia of course minoriti sbb kat sini ramai pakistani, dan lain2. bahasa pengantar pn mostly bcakap nihongo..
even khutbah raya pun bahasa dia (bahasa apa tu ya? hindustani? tatauu).. and nihongo. haha.apa pun tak paham..
budak baik tak meragam kena paksa bangun awal kul 5.30am. nk gi solat raya.. ;)
bergambar kenangan dpn masjid.
kami parking at the other side of the road. ni bridge nk ke masjid tu. nk amik gmbr betul2 dpn masjid sogan.hahaha.. sbb dh ada org menunggu (menyambut) tetamu yg dtg. Ibu n The Little Guy jadi org pertama sampai kt dewan muslimat. hehe. berkobar2 sampai awal. ;p katanya kul 7:30am solat raya, kami sampai kul 7:00am. org2 lain dok dkt2 je sbb tu tak kecoh nk sampai awal..gamaknyaa.. ^_^

ada jualan2 lepas solat raya. beli their samosa daging. sodap..! kids dpt goodies bag, suka budak kicik itu. :)
ini dia berbaju melayu, adiah Ummi. still besar kena lipat2. insyaAllah tahun dpn ngam cantik la padan ngan tuannya.
balik solat, kami rehat2 before gi umah Alang. kebetulan jumpa dia dan suami kat masjid yokohama.  langsung dpt invitation dtg mkn2 umah dia. mkn kecil2an katanya.. ok lahh, ada juga org buat open house. bole gak gather2 sesama kita.

lps solat jumaat baru kami sampai ke rumah nya. sempat la Ibu prepare cheesy seafood spaghetti, baked with extra cheese on it! hehe.. segan nk mai umah org tgn kosong. 
byk juga hidangan "kecil-kecilan" pun.. bila masa ntah tuan umah prepare semua ni.. 
ada nasi briyani mutton, ayam masak merah,rendang, sambal bilis (mkn ngan lodeh), lemang, nasi impit, kuah lodeh, pizza n muffin Costco mari, kuih2, buah2.. haa, kan byk tu! tabik spring jap kat tuan umah~
lamaaaaaa kami stay umah Alang. dari lepas zohor, sampai lepas maghrib! 6jam jugak btapa. hahaha.. daripada nk pegi umah Auntie last2 tak jadi. heeee... bkn ape, papa mcm too tired he is still recovering from his flu. Ibu n anak pun dah tumpang sekapal, idung dah start tsumbat dan soksek sakit tekat juga. haha infected!
sakit2 pun selera still ada. rezeki dpn mataaa ^_^. bkn slalu dpt mkn hahaha....pulun!

ya, saya pun selsema. idong sumbat.
sebelum balik, kitorang pulun lagi satu round makan. (hahahaha. esok check up harapnya ok!) The Little Guy pun dah sempat tido, tak hirau kaum mak bapak dok meriah borak..
dgn tuan umah, uncle Azam. gambar ramai2 nnt la kita update. kamera ibu takde..
tu je la cerita raya kami. gmbr sekeluarga (yg proper) pun takde. baju raya pakai sejam dua je. tak selesa.. makyung pun rimas.. huhuhu..
sekian.

Monday 22 October 2012

what we did on Sunday~~

sabtu hari pergi mcari barang2 adik. mlm berehat dan dinner bersama kak ita, yg bakal pulang ke malaysia tak lama lagi..
aih, jiran terdekat nih! kurang sorang jiran tetangga org malaysia nnt.. huhu..

Ahad is our dating day. more or less la..
sbb ahad ketiga each month mmg ada gotong royong kat kawasan perumahan ni.
start around 7:30am- 8:00++ .. plus-plus tu sbb lps gotong royong ada macam meeting bdiri jap, tu share info and apa2 pesanan dari ketua block.
selalu yg join gotong royong ni Papa la. hehehehe.. ibu tatau nihongo. alasan ;p

after papa balik, we had our brunch. mee hun sup!
no instant ya..ni rebus2 celur2 buat sup sendiri hokey.
tapi bahan2 pakai set nabe + sosej + telur puyuh rebus + mushroom + homemade chicken balls. pheww byk jugak bahan2 nya.. hehehe.. kenyang!! sayur? apa tuuu...? hihi
afterward, we had a loooong home gotong-royong. dah decide dari mggu lepas utk bgotong royong ni. utk re-arrange closet, dan brg2 dlm closet ni, kena keluarkan all the winter attire and whats not dan simpan semua baju2 summer.sebelum Ibu tak larat.. just less than 8 weeks to go, before we greet the new member. auchh, excited + nervous. hoho..  my boy? of course la turut serta "bz" membantu. hahaha

yo!

beg lagi besar dari tuan! apa laaa yg di geledahnya tuu... T_T
mmg best gotong royong, cepat je keje2 siap.
pas zohor, baru kami kuar nk dating. ke mana kita? gi cari dvd Avatar dulu, then baru ke Lalaport.

usha2 belon, dapat ..hehe.
 mencari barang sebenarnya.. tp sebelum tu, kita alas perut dulu. ;p

The Little Guy: saya choppp yg ni!  Ibu: eh, itu Ibu punya laaah!! baru je duduk, dh terkam ye!?
kita baca doa dulu laaaa...

terkammmm! Ibu: erk..thats mine.... T_T

abeslaa sugar high mlm ni..

Gaya Mutu Keunggulan. eh, ni iklan donut laaa..

sekitar kawasan tgh ..tempat The Little Guy melepaskan 'gula' nya. berlari2 dan main air yg bcahaya.
we spent some time juga kat luar ni. cuaca pun sedap je utk lepaskan The Little Guy bmain dgn anak2 jepun lain. kasi can kat dia plak. sbb teman Ibu Papa cari barang td. seronok tgk dia gelak2 dan main air tu. happy betul dia.. :) tak dpt amik gmbr, sbb kawasan tu gelap (utk air tu nmpak bcahaya.. actually lampu dari lubang2 kt bawah. so nmpak la ala2 air tu yg bcahaya. )
bila dh penat, baru balik..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~