Sunday, 3 September 2017

Nujum pak belalang



NF: ibu, dia tumbuh daripada lalang ye?
Ibu: apa yg tumbuh dari lalang? Itukan daun pegaga. Bukan lalang. 
NF: ni la ibu, belalang ni. Dia tumbuh daripada lalang ke? Nama dia belalang kan ibu!?
Ibu: bukan la Naufal. Tu kan serangga. Bukan tumbuhan. *tepuk dahi*
NF: tapi urat dia kan sama tu ibu? Tu mcm daun tu..
Ibu: 😆😆.
.

KBAT level lain awak ni haha.
.
On another note: 
Daun2 pegaga segar ni kita blend halus, ambil pati air dan campurkan dgn perahan limau kasturi. Tambah madu or gula setakat manis-manis buah. Jangan manis sangat. Best served chilled. Or with few ice cubes.🍹
.
P/s: nampak ke tak belalang tu? Tak nampak?! Kena tanya nujum tu minta dia teropong LOL
.

#designyourlife #hidupberimanfaat #publicmutualjb

Sunday, 13 August 2017

Saya sudah bekerja

Saya kena update blog semula.
Saya rindu menulis.

Banyak kenangan anak2 dan keluarga ada di sini.
Kekok pula update from phone.

Lebih sedap menulis di laptop.
Kita hidupkan semula sedikit demi sedikit.

Apa kabar pembaca senyap saya?

Ya, ramai yg membaca tanpa tinggalkan jejak.
Tapi bila saya lama menyepi, mereka roger dan tanya.

Tidaklah terharu
Tapi rindu.

Byk list kena update.

Antara nya:
Tentang kelahiran NF - our second boy.
Tentang my current consultancy job.
Tentang perlakuan semasa mereka (anak2, family dan kawan2)di sekeliling.
Tentang dunia.
Tentang kita.

Lalu?
Ok, buka laptop pulak.

Bye!

Friday, 5 July 2013

cuti golden week - ke chiba

golden week holiday.. kami takde plan apa2 sgt, kecuali menghabiskan masa berkualiti ngan papa.
ye lah papa sgt bz. pagi2 dh keluar.. lepas isya baru sampai umah. if dia balik before maghrib tu, semua org dh cukup seronok!

tapi dh 1-2 hari lepak2, nk bjalan la jugak.
kami ke Chiba, jumpa Akio lagi. kali ni dh ckp siap2 nk bermalam. so tak la letih sgt.
kami buat plan masak2 juga. ibu nk buatkan ciken chop. and diorang nk buat some bbq. set takoyaki pun ada.
melintasi Rainbow Bridge. harusla amik gambar utk kenangan. hehehe

loving the blue blue sky!! 

akhirnya, dpt jumpa auntie Saf. yay~
hahaha.. Saf ni junior Ibu masa kat uni. pastu, dia plak skrg keje sama univ ngan Papa. so sama2 kenal. masa dia mula2 dtg, dia dh penah mai berbuka kat rumah. masa tu kita tinggal kat hiyoshi. pastu masa dh pindah ke senmarudai pun diorang ada dtg skali ngan akio.
skrg kita plak ke rumahnya.. dulu singgah anta je, kali ni dtg bermalam. ho yeah.. tak la terkejar2.. chiba jauh la jugak dari yokohama. 38km. hihi (jauh tuuu ikut rate trafik jepun ni)

sbnrnya sampai agak lewat. nk sampai pagi tp ada hal.. last2 tghari gak baru dpt sampai. dah la aritu ari jumaat.. sampai je tuan umah jamu mkn nasi lemak sambal best giler. dgn tak malunya, kami makan bertambah2. ;p
masa diorang pi solat jumaat, kami siap2kan budak2. lepas tu pi Narita airport jap tlg jusri nk anta brg2 kamera dia. poskan ke malaysia.. murah rezeki baby adik akio nnt. uncle jusri n auntie saf tgh expecting 2nd baby. tak sangka dia, dpt dua anak kat jepun.. dah la saf yg tgh buat phd! mmg sugoi la mama saf. caiyokk!!  and tahniah juga to both of them, sbb jusri pun sugoi juga jadi super papa kat rumah jaga 2 babies sambil2 bisnes online.. fuh.



tak sempat nk kemana2 sgt, sbb hari dh makin petang. nk pegi tgk roses park tp bunga tak mankai lagi (tak kembang). so kami ambil keputusan gerak balik umah je terus. sbb malam tu nk teruskan dgn lamb chop and chicken chop party plak. takde ambik sebarang gmbr pulak rupanya sepanjang mkn2. sedapnya lamb chop tu. sebab bakar guna set bbq baru beli kot, lembut elok dagingnya. *hint kenyit2 kat papa* heeeee...

beautiful sunset.
hati2 kamera uncle tu ribu2 rm tu ... ;p
hari sabtu pagi sebelum kami bergerak balik, request nk amik gambar family dgn jusri. tahun lepas dia juga amikkan gmbr kami.masa tu bertiga, abg just turn 1yo. kali ni berempat pula. jadi model free kami pagi tu. alhamdulillah terima kasih sudi amik gmbr. bukan senang nk dpt offer dari jurugambar handalan .. semoga bertambah2 murah rezeki diorang sekeluarga, dan tercapai cita2 jusri nk buka studio sendiri satu hari nnt. nk model free jgn rupa roger kami tau. ;p


preview kat lappy dulu. 

candid shot >.< gaya 10markah! hahaha

adik

terima kasih daun keladi.. sudi2 terima, kami datang lagi. ;)


kisah ice cream maker

10th May 2013
Friday

kisah ice cream maker ni, sehari sebelum ibu buat kek utk hari ibu..
dh lama mengidam nk ada ice cream maker, kebetulan jumpa plak yg murah kat kedai 2nd hand. cuma 2000Y, terus amik. sbb takut tak jumpa dah! hihi

kecik cinonet aje haaa bekas nya.. 
bekas ice cream maker ni kena masukkan dlm freezer selama beberapa jam utk bekukan bahan dlm bekas tu. tu yg tgendala sket nk buat eskrem.. kena tunggu dulu rupanya. papa pun dh excited beli bahan2.

see this boy? dia pun tumpang excited.
 kami ikut bahan2 yg di suggest kat manual. tapi ada bahan yg tak bole tu, takletak la..
kekonon nak buat project lepas abg tido. skali dia pun dh terlompat2 excited sama. harapan laaa kan dia nk tido awal. nak tak nak, project di teruskan mlm tu. dh tak pasal2 abg tido lewat. mujur mlm minggu, so di ampunkan. hehe

semua pun excited kot. tgk ice cream maker dpn mata. hahaha adoiilaa..

suruh duduk, takmau!

ok, tunggu. ice cream maker ni selowwww nak mammps.. erk hehehe

maneder nak sabor lelamaa... kalau bole, dia nk sumbat muka dlm tu haa.. LOL

kalau jumpa bulu idung, dh tau dah sape punya! (~~,)

eh, Papa pun sama ke? hihihi.. amik yg sopan sket. padahal sama2 menjenguk dlm tu.
papehal pun, lepas dia putar sampai likat tu..kena frozen kan lagi skali. esoknyaaa baru dpt mkn. lambat lembab kan??! kami cuba buat ice cream vanilla aje, yg paling basic. ok lah. verdict cuma ok laaa.. not that impressive sampai bole ckp wow. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~