Saturday 27 October 2012

Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum.
Selamat hari raya AidilAdha pada yg menyambutnya.

Raya perantau di negara org.. mana mungkin semeriah di tanah air.
malam2 raya, dgr org btakbir kat radio. ada la sikit amik feel mcm raya di kampung.
kuih2 raya, rendang, nasi impit etc semua takde usaha pun nk prepare. haha..sapa mau mkn?
mak yung ade check up ari sabtu.. mkn rendang2 tu semua mengundang "bahaya" .. ;p
Papa masih selsema, dh 3hari.. so anything yg bminyak dan pedas2 semua tak laku.

kami tak pergi embassy pun tahun ni. sbb? ari jumaat, parking kna bayar + Papa tak bape sihat. malas nk renyah2 ulang alik sbb nnt solat jumaat kena patah balik yokohama..embassy tak conduct solat jumaat.
nk gi naik densha, Ibu pulak dh tak bape nk gagah.. sekian.
so kami tahun ni solat kt Masjid Yokohama je. eventho kat sini cuma solat, takde makan2 mcm embassy tapi still meriah. kaum org malaysia of course minoriti sbb kat sini ramai pakistani, dan lain2. bahasa pengantar pn mostly bcakap nihongo..
even khutbah raya pun bahasa dia (bahasa apa tu ya? hindustani? tatauu).. and nihongo. haha.apa pun tak paham..
budak baik tak meragam kena paksa bangun awal kul 5.30am. nk gi solat raya.. ;)
bergambar kenangan dpn masjid.
kami parking at the other side of the road. ni bridge nk ke masjid tu. nk amik gmbr betul2 dpn masjid sogan.hahaha.. sbb dh ada org menunggu (menyambut) tetamu yg dtg. Ibu n The Little Guy jadi org pertama sampai kt dewan muslimat. hehe. berkobar2 sampai awal. ;p katanya kul 7:30am solat raya, kami sampai kul 7:00am. org2 lain dok dkt2 je sbb tu tak kecoh nk sampai awal..gamaknyaa.. ^_^

ada jualan2 lepas solat raya. beli their samosa daging. sodap..! kids dpt goodies bag, suka budak kicik itu. :)
ini dia berbaju melayu, adiah Ummi. still besar kena lipat2. insyaAllah tahun dpn ngam cantik la padan ngan tuannya.
balik solat, kami rehat2 before gi umah Alang. kebetulan jumpa dia dan suami kat masjid yokohama.  langsung dpt invitation dtg mkn2 umah dia. mkn kecil2an katanya.. ok lahh, ada juga org buat open house. bole gak gather2 sesama kita.

lps solat jumaat baru kami sampai ke rumah nya. sempat la Ibu prepare cheesy seafood spaghetti, baked with extra cheese on it! hehe.. segan nk mai umah org tgn kosong. 
byk juga hidangan "kecil-kecilan" pun.. bila masa ntah tuan umah prepare semua ni.. 
ada nasi briyani mutton, ayam masak merah,rendang, sambal bilis (mkn ngan lodeh), lemang, nasi impit, kuah lodeh, pizza n muffin Costco mari, kuih2, buah2.. haa, kan byk tu! tabik spring jap kat tuan umah~
lamaaaaaa kami stay umah Alang. dari lepas zohor, sampai lepas maghrib! 6jam jugak btapa. hahaha.. daripada nk pegi umah Auntie last2 tak jadi. heeee... bkn ape, papa mcm too tired he is still recovering from his flu. Ibu n anak pun dah tumpang sekapal, idung dah start tsumbat dan soksek sakit tekat juga. haha infected!
sakit2 pun selera still ada. rezeki dpn mataaa ^_^. bkn slalu dpt mkn hahaha....pulun!

ya, saya pun selsema. idong sumbat.
sebelum balik, kitorang pulun lagi satu round makan. (hahahaha. esok check up harapnya ok!) The Little Guy pun dah sempat tido, tak hirau kaum mak bapak dok meriah borak..
dgn tuan umah, uncle Azam. gambar ramai2 nnt la kita update. kamera ibu takde..
tu je la cerita raya kami. gmbr sekeluarga (yg proper) pun takde. baju raya pakai sejam dua je. tak selesa.. makyung pun rimas.. huhuhu..
sekian.

Monday 22 October 2012

what we did on Sunday~~

sabtu hari pergi mcari barang2 adik. mlm berehat dan dinner bersama kak ita, yg bakal pulang ke malaysia tak lama lagi..
aih, jiran terdekat nih! kurang sorang jiran tetangga org malaysia nnt.. huhu..

Ahad is our dating day. more or less la..
sbb ahad ketiga each month mmg ada gotong royong kat kawasan perumahan ni.
start around 7:30am- 8:00++ .. plus-plus tu sbb lps gotong royong ada macam meeting bdiri jap, tu share info and apa2 pesanan dari ketua block.
selalu yg join gotong royong ni Papa la. hehehehe.. ibu tatau nihongo. alasan ;p

after papa balik, we had our brunch. mee hun sup!
no instant ya..ni rebus2 celur2 buat sup sendiri hokey.
tapi bahan2 pakai set nabe + sosej + telur puyuh rebus + mushroom + homemade chicken balls. pheww byk jugak bahan2 nya.. hehehe.. kenyang!! sayur? apa tuuu...? hihi
afterward, we had a loooong home gotong-royong. dah decide dari mggu lepas utk bgotong royong ni. utk re-arrange closet, dan brg2 dlm closet ni, kena keluarkan all the winter attire and whats not dan simpan semua baju2 summer.sebelum Ibu tak larat.. just less than 8 weeks to go, before we greet the new member. auchh, excited + nervous. hoho..  my boy? of course la turut serta "bz" membantu. hahaha

yo!

beg lagi besar dari tuan! apa laaa yg di geledahnya tuu... T_T
mmg best gotong royong, cepat je keje2 siap.
pas zohor, baru kami kuar nk dating. ke mana kita? gi cari dvd Avatar dulu, then baru ke Lalaport.

usha2 belon, dapat ..hehe.
 mencari barang sebenarnya.. tp sebelum tu, kita alas perut dulu. ;p

The Little Guy: saya choppp yg ni!  Ibu: eh, itu Ibu punya laaah!! baru je duduk, dh terkam ye!?
kita baca doa dulu laaaa...

terkammmm! Ibu: erk..thats mine.... T_T

abeslaa sugar high mlm ni..

Gaya Mutu Keunggulan. eh, ni iklan donut laaa..

sekitar kawasan tgh ..tempat The Little Guy melepaskan 'gula' nya. berlari2 dan main air yg bcahaya.
we spent some time juga kat luar ni. cuaca pun sedap je utk lepaskan The Little Guy bmain dgn anak2 jepun lain. kasi can kat dia plak. sbb teman Ibu Papa cari barang td. seronok tgk dia gelak2 dan main air tu. happy betul dia.. :) tak dpt amik gmbr, sbb kawasan tu gelap (utk air tu nmpak bcahaya.. actually lampu dari lubang2 kt bawah. so nmpak la ala2 air tu yg bcahaya. )
bila dh penat, baru balik..


Monday 15 October 2012

baby no 2 - week 31

13oct 2012

appointment utk check up baby pukul 2.10pm..

alhamdulillah semua stakat ni lancar dan normal.. kecuali my hemoglobin aje, dh almost normal..
still 9.8 instead of 11. gambare ibu, sikittt je lagi.. makanya, lauk pada hari ini adalah hati. hahaha. ibu tak pandai makan hati. "makan hati" pun mmg tak reti. ni sebab Sensei yg suruh la ni.
tpaksa makan hati gak. lol. ape aku melalut ni.

kad klinik ibu dan kertas appointment.
standard la dh nama pun Jepun, semua nk comel2. ni kad utk ibu. atas tu dia tulis my name in Nihongo la. sapa pandai bace, tau la my name. :) dan tarikh lahir ibu.

kertas appointment tu pun sama, ada nama dan tarikh lahir. 57 tu tahun dlm kalendar system jepun. (papa yg explain) which means 1982.
yg 24/10/13 tu adalah tarikh appointment - 13oct 2012. 24 tu pun sistem kalendar jepun. jgn tanya byk2, tu je yg sy tau. ;p

amik ukuran tinggi The Little Guy. he is a tall boy, isnt he?
buat pertama kali nya.. publish gambar sendiri dan perut ku. ohohoho.. 31w old desu!
alang2 antara patient terakhir ptg tu, amik peluang utk bgambar sebagai kenangan. ni kat depan pintu klinik tu. nama penuh klinik: Isosan Fujinka Maternity Clinic. Isosan tu nama doktor ni. tuan punya klinik. ada sorang je doktor kt sini. klinik ni pun 4 tingkat, atas skali is his home.. level bawah kaunter n tempat rawatan/check etc. 2nd floor is ward n labor room. 3rd floor pun ward. Isteri doctor ni pun nurse, yg sgt baik (bole la speaking Eigo sket2). 
petang tu kami amik another chance utk tanya apa2 lagi soalan basic (persediaan mental, dan emosi) hahaha.
soalan2 spt brg2 yg perlu di bawa . basically sepanjang duduk kat sini, semua baju, tuala dan keperluan ibu n baby akan disediakan. termasuk lah pampers, underwear, selipar, dll. termasuk juga kotak khas utk letak tali pusat baby bila dh tanggal. special! siap ada nama hospital. cantikk.
sekiranya normal (insyaAllah, aminnn), ibu akan stay kat klinik 4hari excluding hari bsalin. makan minum pn kami dh setelkan aritu. apa2 yg bole dan tak bole dimakan.
pastu part yg paling best (erk, ke paling serrramm) adalah melawat ward dan labor room. kowaaaaiii!
of course ler takut kan. sape tak cuak.. tp lengkap dan sgt mbantu mental preparation kami bdua. katanya, even if The Little Guy nk join tgk adik dia dilahirkan nnt pun dibenarkan. dgn syarat dia tak melalak la.. sbb The Little Guy mmg so far takde masalah takut, tgk ibu kena amik darah pun rileks je dia. nurse plak yg pelik tgk dia aritu. hahaha. ibu sendiri tak sanggup nk tgk jarum yg panjang ituu. uuuuhh..

ni view jauh sket, nama clinic dan luaran nya. celah2 rumah aje clinic ni. hehehe

sementara autumn ni matahari masih panas dan tak segan nk keluar (dan before ibu sendiri tak larat).. mmg byk la kerja2 perlu diselesaikan. antaranya basuh baju baby dan keluarkan apa2 yg perlu dari simpanan kotak "winter". mmg keperluan lebih sket la utk adik, sbb baju tebal2 nya byk kena beli. Abg nya masa dtg sini dh besar. newborn mmg takde yg di bawa.. mujur dpt rezeki dari kawan2 yg dh pulang ke tanah air. sedikit sebanyak bjimat la juga.. :)
gender baby no 2?
hmmm.. mana2 yg bdekatan mungkin dah tau.. tapi biarlah dulu tak mau declare lagi kat mana2. fb ape tah lagi. ^_^
adiah dari mama n abah Akio. kesian Saf, puas korek2 nk tau baby boy ke girl. ;p
tima kasih byk2 pada yg mberi dan mengingati. kami sgt2 hargai nya.. doakan semoga terus lancar dan normal.. serta dipermudahkan jihad nnt.. aminnn....
*mode cemas juga*

*_*

Monday 8 October 2012

Jazlan Akio came to visit NF!

 sedikit catatan utk kenangan.

Jazlan Akio, umur lebih kurang 7mo+ dtg melawat kami..mereka tinggal kat Ichikawa-ono, Chiba.
datang melawat ari sabtu aritu..and stay overnight here. wahhh..dh besar.... kiranya ni 2nd time jumpa.. last time jumpa dia stil kecil ..Muka dia mmg sebijikk macam Abg NF. masa umur2 gini la. sehat walafiat!
dan ramai pun ckp mmg muka diorang sama, mcm adik beradik! :)









Add caption














mari melentur rebung..

secara candid, harini ada cerita menarik utk direkodkan.

tak la rajin nk update on the dot, pada masa kejadian. tp kebetulan The Little Guy tgh tido ni. keje umah dh setel, and Papa tgh siapkan his work. im free weeeee...

td Papa solat sunat. i was sitting nearby, tgh kemas barang. barang mainan la, ape lagi.. ^_^
as usual, each time Papa solat mmg dia akan bentangkan sejadah kecik tu utk The Little Guy. kadang2 di ajak, kadang2 dia dtg and join sendiri.kadang2 kena paksa! ahhaha. ala, kejap2 je. melentur rebung la katanya, kena dari kecik kan.. :)

then, as it happened....arini mood dia baik plak. sukarela join. mula2 Ibu just tgk je..pastu kebetulan hphone ada kat tgn, apa lagi..

bab tangan stil salah..mybe sbb dia ni kidal. tak bley nk buat apa. t_t

dia sedar plak ibu tgh amik gambar dia...siap bpaling and said cheeeseee..ya.. hahaha

orang sujud, dia pun sujud.. tapiii......

org dh bangun tahiyyat akhir dia stil sujud.. sujud abadi namanya nih! hihihi

time org baca doa, dia punya mulut sama tkumat kamit. time ni memang tekun. tapi tak lama.

dulu kecik2 dia cuma pandai bdiri tegak,tangan pun kat tepi je.. and rukuk. not a formal rukuk, but more like menonggeng (tangan kat lantai instead of lutut la). pastu skrg dh pandai sujud, rukuk plak tak reti dah.. he can stay for 2 rakaat solat full, but more than that..confirm dia akan lari sana lari sini. time sujud dia gelabah datang join. hahaha
kdg2 just biarkan dia duduk je atas sejadah tu. tak kisah la dia buat apa pun, asalkan dia paham time ibu papa solat, dia kena solat juga. kdg2 dia tgk pocoyo, upin ipin etc, tp time sujud dia join. hahaha..mmg "nasib" ler ni dpt rakam. kebetulan. oklah utk ingatan The Little Guy dan ibu papa supaya terus kekal istiqamah nk didik anak (dan anak2) supaya solat dan tak tinggalkan solat ni. kan?

seperti yg ibu papa selalu doakan tiap kali lepas solat,
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
(Ibrahim 14:40)



aaaminn.. 
^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~