Sunday, 30 June 2013

misi mencari baju raya

sebelum setelkan hutang post entry yg banyak tak hengat tu,
sekali sekala kita layan cerita panas. hahaha. tak panas apa, cuma cerita terbaru.
semalam.

29th Jun 2013
sabtu

papa bwk kami ke outlet utk shopping baju raya! yayyy..sbb ahad dia kena pegi lab. huuu..

ok, outlet ni dekat sgt dgn umah. tapi tak penah pegi. byk kali lalu je, singgah amik org. tapi tak singgah masuk membeli.. takut, byk sgt godaan. hehehe..

smlm, kami pergi mcari baju2 raya utk anak2 dan sedikit utk diri sendiri, sebelum bulan puasa. nnt dh start posa, mintak mahapppp ..mmg malas nk keluar. letih..panas summer ni lain sbb dia terik dan kering. dah la tgh susukan adik.

macam biasa la, ibu mesti amik gambar peta. hehehe.. keluasan sekitar. (aisey, lupa amik peta details shops location!!)
 kami bertolak seawal 9:30am. plan nak g awal lagi. tapi alahaii hari minggu... ;p paham2 la..
tapi since kedai2 pn buka pukul 10am so kira kami awal lah. 10:10am dah sampai. trafik dh start byk, tp belum sesak..
kami dpt parking yg cun. terus masuk GAP usha baju.. seronok sbb org belum ramai. nnt dh bsesak2 agak leceh kan..?
lama juga kat situ.. dpt la adik n abg 2 psg baju. abg dpt lebih sbb belikan dia sandal raya skali..
lps tu rehat2 adik minum susu, lunch, dan solat.

SALE!! 
depan tangga tu tokyu store.. ada Kaldi, kedai jual brg2 asia gak. jumpa lady fingers. nyum. terus angkut, nk buat tiramisu.. dah lamaaaa sgt nk buat. tp sbb kan "rajin" tak terbuat2 sampai skrg. hahaha

lps puas pusing kat situ, kami naik ke atas dan pusing outlet lagi. pegi ke area yg jual kasut dan lego plak..
ibu nk cari sandal juga..

abg seronok bila jumpa play station. tak mau balik.. ayoo..

tgh panas ni depa bole pulak buat show. tp diorg memang suka bjemur pun.. kami? uiiihh tidak la.. dh bpeluh2 ni. tgk dari tepi je lah. 


ada a few tempat main budak2. ada org tu, nampak train ni terus segar biji mata! padahal dh layu tahan ngantuk! layan la naik 2 jenis train.

papa babywearing. adik tido sambil genggam tali ergo. kemas.. hahaha.. amboi dik, tido tak lena kepanasan ye?
around 3pm (5jam merayau!), kami pun bhajat nk balik sbb ada groceries shopping plak. semua kena setelkan sbb ahad papa tak available, kena g lab dari kul 6am sampai lewat malam baru balik. yosh, gambare papa!!

nk jadi citer, parking kena byr 800Y. 3jam pertama free. tp lepas tu kena chrge. papa kehabisan 1,000Y note. dan machine tak accept notes bigger than that. syiling plak dh habis kat game train abg td..
tpaksa undur kan keta semula.
jumpa penjaga parking, dia suruh parking jap kat tepi. pastu papa ckp dia nk g beli barang jap.
ibu ckp, nk beli apa..? vending machine air pun tak terima rasanya duit 5,000Y.. dia ckp tpaksalah beli t-shirt satu.. nk buat mcm mana..
otw keluar dari area parking, org jaga parking tu suruh papa tunggu kat kereta. katanya, ada org akan dtg tlg pecahkan duit! subhanallah. tang customer service mcm ni, mmg jepun layak dipuji2. benda2 yg kita anggap remeh, diaorg jaga betul2. tak mau customer susah.. so nmpak lah dari jauh ada sorang pakcik (in uniform, org2 jaga parking juga maybe), berlari2 anak dtg ke kereta kami. dia tukarkan 1,000Y 5 keping. puas papa ckp sorry, excuse me byk kali.. dia senyum ckp takde masalah. no problem at all (setelah di translate)..

daripada nk rase frust (sbb ingat dh kena g beli unneeded baju) terus rase tharu dgn layanan diorang. benda2 kecik mcm ni la yg kadang2 buat customer rase tak serik nk dtg lagi. malah akan promote kat kwn2. betul kan?
efficient dan berhemah sgt layanan diorg pada customer.

eh, kobar2 pulak citer yer.
:)



Thursday, 27 June 2013

kodomo no kuni (the Children land)

5th May 2013
Ahad

hari ni kat malaysia tgh pilihan raya.
kami di jepun plak cuti. sempena hari kanak-kanak.
kwn ajak pegi park ni, dkt ngan umah tp tak penah pegi.. siap2 bwk bekal serba sikit, sbb nk piknik skali kat situ.

layan gambar sambil bcerita sbb masa tak byk ni.. anak tgh baik, sempat la update entry sket utk kenangan anak2.

tak sempat nak pikir menu apa, plus nk konsep dah habis, bole terus buang bekas. hehe

aritu kanak2 semua free entrance. dewasa sorang byr 600yen. 

peta keseluruhan taman.

abg bersama abg aqil n abg afif. abg afif actually sebaya, tp beza 10bln sbb Abg lahir bln dec kan.. 

masuk je gate utama, ada konkrit luas yg dijadikan tempat budak2 nk ber-kreatif melukis apa sahaja guna chalk yg disediakan

luas sgt tempat melukis ni. 

abg ntah kemana ngan kwn2 dia. amik gmbr papa ngan stroller je lah!

sesak!! ramainya manusia meraikan hari kanak2 kat sini. lepas dpt port yg sesuai nk bentang tikar, kami layan budak2 ni main kat playground. ada byk tempat dan apa lagi, bseronok la diorang ni ..kena takes turn nk main. 

gelak2 Abg dgn kawan nya.

dah besar sikit ni, bole ajar dia lasak2 sket..

slide yg bergerak. ala2 escalator. seronok budak2 ni. kat sini je entah berapa lama "tersangkut" hadoii..


dah lama main, semua kena panggil "isi minyak" .. 

yokohama babies. dua lahir kat malaysia. adik je yg tak penah sampai lagi tanahair.. 

muka mintak susu .. lapar la ibuuu




para peserta before balik. 



Wednesday, 26 June 2013

Tulip Festival at Akebonoyama Park, Chiba

14th April, 2013
Ahad

selepas sedikit perancangan, kami berkonvoi bersam kawan2 ke Akebonoyama park di negeri Chiba utk melihat tulip. kebetulan, tgk kat website nya minggu tu dia buat matsuri. festival la tu. sabtu and ahad... so mesti lah meriah.
kena btolak awal pagi sbb nk pegi ke chiba ni kena cross tokyo. if lambat, takut tsangkut dlm trafik.. plus, parking agak terhad kat park tu. if tlambat nnt takde tempat plak..

ok, jom layan gambar sambil bcerita.

keadaan Akebonoyama park .. kami akan tuju kawasan yg ada kincir angin tu. 

dah sampai..!! ni tgk bunga yg tepi jln pun dh excited!

sementara tunggu ahli rombongan lain tiba, kami sempat berpiknik breakfast jap. bentang tikar, buka bekal. syok!

pose wajib sebagai tourist. hehehe.. berempat, adik tido.. di sebelah kiri kami ni padang tulip. dah nmpak dari jauh, tapi kena lalu kawasan tasik buatan ni. 

org belum start ramai ..dan cuaca pn masih sedap altho ada jugak angin kuat sekali sekala. time ni Abg macam tgh malu2 sbb ada nenek tgh perhatikan keletah dia. terus taknak angkat muka. peace terpaksa namanya ni! LOL

adik yg baru bangun tido. amik peluang bgambar dengan si gadis kecil. 

tukar baton nk amik gmbr. sbb tak bwk gadjet kamera pa pun.. belasah je lah apa yg ada. ni gmbr dr phone. dari kamera malasss nk transfer. ;p


mintak tlg kawan .. kenangan satu family. topi adik sampai senget2,sbb nk tunggu pose abg tsengih..adoi.. 

yg ni papa yg amik, mmg pandai papa buat sampai abg tgelak mmni. ceria!

Eeeeeiiii..geram sgt tgk bunga2 tu. rasa nk rembat je semua kaler.. tp apakan daya.. tgk je bole ye. pegang tak boleh! T.T

gambar dari jauh sket..

gambar laaagii jauh. time ni naik bukit sket, nk ambil keseluruhan taman tulip tu. sampai tak nmpak kincir angin nya. subhanallah, cantik!!

by afternoon, dh penat pusing tgk bunga sampai mabuk.. kami stop utk lunch n solat. borak2.. sambil tu usha2 gerai yg byk sepanjang jalan. 


cinonet yg asalkan kenyang dpt susu. benda lain tak penting, katanya! :)

kami tak stay lama sgt, sbb angin semakin kuat.. lps solat zohor, kami tak tahan dah.. terus balik.
hantar kak ira dan keluarga ke eki bdekatan on the way home, then terus bgerak ke rumah.
thank you papa bawak kami jalan2 walaupun tgh sibuk dgn keja kat lab.

nnt bawak kami jlan lagi yer.. (^^,)

Tuesday, 18 June 2013

ichigo gari di MotherFarm, Chiba

9th March 2013
Saturday

tumpang kereta Kak Ida sbb Papa tlg drive ketanya. kena lalu aqua tunnel..so kak ida ckp dia yg sedikit phobia dgn laluan tertutup ni tak bole drive. yup, tunnel tu mmg panjang...

kiri kanan kami time ni laut. tgh dlm laut la ni kiranya.. lol

kami bergerak awal, seawal 6pagi dh siap, tunggu kak ida sampai.
ada beberapa keta join konvoi... (jap nak ingat balik).. kak ida, kami, aliah, kak aliza, kak maz. 5 families.

kami antara yg terawal sampai kat tempat parking. hehe
abg botak. masih sejuk time ni. dah la area ni  atas bukit. mujur berbaju tebal. 
beratur dan amik tiket, kemudian terus bergerak ke atas.. area strawberry picking dulu. sbb konsep dia first come firsst serve, plus dia ada kuota utk sehari bape org je bole masuk.. so kena la ke sana dulu.
layan some gmbr masa otw ke atas..








kemudian, kami pun apa lagi, kutip laa stoberi.. hahaha.
sini, tak bole mkn kat dlm ladangnya. bole kutip je. masuk 200yen je (rasenya). kutip la sepuas ati tp nnt masa nk kuar, byr ikut timbangan berat "hasil" kutipan.
kami amik 2 small basket. layan kan aje. dah jauh2 datang ni. ;)

anak beranak pun botak sbnrnya. hahaha..

ni la basket nya. kecik molek je. 

hancurr lunyai dia tarik buah tu.. sbb dia pi picit dulu, baru tarik. LOL

abg model ..ececeh

bapak borek, anak rintik. sama tak?  ;P


alhamdulillah, tak mengecewakan. sangat2 manis. semua size mmg manis. *thumbs up*
lepas dh berpanas2 dlm khemah stoberi tu (uihhh panasssss), kami pun cari spot nak bersila, mkn bekal piknik yg masing2 bawa.
ibu bw roti sosej, sandwich. apa lagi eh? tu je la ingat nya. sbb tak bape sihat sbnrnya aritu. so mana yg larat je..

macam astro. macam macamm adaaaaaa

budak yg baru nk masuk 3 bln. sesenyap yg bole. bagus. sedap kena angin sepoi2 ya dik? :)

anak beranak menikmati makan. yg Abg tu sbnrnya tgh kena paksa mkn. dia dok jeling2 abg kakak dok main, nak join sama. MAKAN dulu! 

sblh spot kami duduk ni ada a few traditional games. sorry dh tak ingat nama dia. 

otw turun, kami singgah mkn soft cream.. dkt ngan ladang blueberries.. tp malangnya yg perisa blue berries takde plak.. sedap juga yg ini pun. semua mkn. dpt sorang satu. 

next stop otw turun tu, ada small pet area. bole pegang n bagi makan. ada guinea turtle, arnab, kambing etc. masa ni dh malas sket nk amik gmbr. Abang silau.. hehehe.. nmpak je mcm panas, tapi tidak pun.. 


budak yg jarang2 dpt jajan, skali di offer..dia ngadap org tu sampai habis! hahaha

ok, panjang dh entry ni. panjang berjela sungguh.
luas farm ni, tak habis pusing semua. sempat posing2 kat ladang nanohana (tapi takde gmbrnya). pokok sakura pun byk. kiranya meriah la tempat ni sepnjang musim..
ingat nk juga ajak papa pi kiwi picking autumn nnt.. tatau la ada masa n bajet ke tak.. hihi.. bole papa?

otw balik, singgah kat Mitsui Outlet utk solat n again makan malam. habiskan baki2 yg ada.
sampai umah dkt kul 10pm gak. kepenatan. uh....

tapi seronok!

sbb mlm tu, Papa dpt reply menyatakan his 2nd journal was accepted! ALHAMDULILLAH!!!!

>.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~