Wednesday, 9 November 2011

home made biscuits

salam hari rabu!
kejap je kan dah mid of week..

hari ni nk share 2 resepi biskut. satu versi utk dewasa.. satu lagi teething biscuits, khas utk baby mcm The Little Guy.

resepi dpt dari adik, yg skrg kat Czech Republic. arigatou!

BISKUT COKLAT DAN OAT

2 1/2 cwn oat segera ---> ganti ngan cornflakes. itu je yg ade..huhu
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn tepung gandum --> Ibu guna 2 cwn
1 1/2 cwn tepung kentang --> guna 1 cwn
1 cmt baking powder
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn mentega/majerin
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang
2 bj telur
1 cwn coklat chip / cincangan coklat --> tak letak sbb takde stok

Cara membuat Biskut Coklat dengan Oat
1. Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, koko, coklat chip, oat dan lain-lain.
2. Pukul mentega dengan gula dan gula perang sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
4. Campurkan adunan dengan bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula.
5. Setelah semuanya sebati, rehatkan adunan lebih kurang setengah jam.
6. Bentukkan mengikut suka dan hias dengan coklat chip, kacang dan sebagainya.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 12 - 15 minit sehingga masak. *ibu bakar 18 minit.

hasilnya:
kreatif + rajin tlebih sket sbb ibu buat as raya cookies.. ;p
 

bentuk ada macam2..
XL size..cookies utk papa. of course la.. ;P
satu utk jamuan raya.. satu lagi utk Papa! :)
 tq maksu eni. sedap dan rangup sgt biskut ni. papa lagi la..suka sesangat la dia! :)

TEETHING BISCUIT for Baby

1. 1 cup tepung (3/4 tepung gandum, 1/4 tepung kentang @ katakuriko)
2. 1 cup cereal baby any perisa, or plain biscuit
3. 1 cup (or less) yogurt/plain water/baby fruit juice

1. Gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut dengan baik sekali.(sampai jadi doh).
2. rollkan dia dan potong ikut suka mommies. kalau boleh biarlah ngam-ngam saiz anak nak pegang.. sbb nk buat finger food kan.
*Doh akan jadi sedikit melekit. Jangan khuatir dan jangan panik. Boleh tambah tepung skit ataupun cereal .
**ibu guna piping bag, ngan nozzle kuih semprit. dan tak tambah tepung pun, biar dia melekit skit takpe.
pipe kan atas Cooking Sheet, konfem tak melekat! 
3. bakar in pre-heated oven, 180deg C, 20-30min. (depend on ur oven and cookies size)

jom tgk hasilnya~


comparison antara kedai-mari ngan home-made mari.... (^_^)v

sekian~
(~_~)v
bopandot
 

4 comments:

Hanis MY said...

wahhh me likeee cookies... kellasnya siap buat sendiri teething biscuit... yg tu pun nampak yummy jugak :)

umi said...

haha..imran dah reject biskut semua. dulu dah buat teething biscuit, kakak2 yg habiskan.mmg sedap guna potato starch tu. ehh ni pakai piping bagi ari tu ka?

bopandot said...

hanis,
saja try buat teething sendiri (ada masa) la kata kan.. ;p

umi,
piping bag? nozzle la..ha'ah..pakai yg tu lah. besar sket. yg jual sini kecik2..huhu semua petite.

Syazwani Mohd Noh said...

Tq share resepi...boleh cuba untuk Ammar ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~