Saturday, 30 July 2011

Dunia Susu ibu... pengalaman saya..

for the first time, masuk pertandingan online. hehe.
lebih terpanggil utk share pengalaman sebenarnya..hadiah tak terlalu dikejar.kalau dpt, rezki Naufal.tak dpt takpelah bukan kita punya.

so, nk copy-paste karangan berjela yang ibu buat tu. read-proof by papa (of kos...)..dia betulkan perkataan2 yg sesuai (plus some grammar..adehh).. i took about 2weeks+ memikirkan jln cerita supaya msg sampai dan tidak meleret. dan supaya menarik utk dibaca. (that's a point to consider when story telling kan? kan? hehe)

i learnt my lesson the hardest way, hope you will not have to go thru all this.
cheers~ selamat membaca. ^_^



Kategori: Relaktasi
Tarikh lahir anak: 12th Dec 2010

Entry:
Bismillahirrahmaanirrahimm..entry ini ku coretkan dengan tujuan berkongsi pengalaman dan untuk menyertai pertandingan Dunia Susu Ibu..Moga memberi manfaat, insya Allah.


Assalamualaikum semua.
Saya ingin berkongsi pengalaman menyusukan anak di kategori relaktasi, iaitu menyambung semula penyusuan selepas terhenti. Anak pertama saya diberi nama Naufal, dan Alhamdulillah sejak mengandung hinggalah proses kelahiran semuanya lancar secara normal tanpa sebarang komplikasi. Berpantang juga tiada masalah kecuali susu saya agak kurang di minggu ke-2 dan ke-3 kerana mungkin pemakanan yang tidak betul. Semua kembali lancar selepas mendapat tunjuk ajar dari kaum keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa membantu.
Namun, di minggu ke-8 (pertengahan Februari) iaitu beberapa hari sebelum cuti bersalin saya tamat, saya telah mengalami demam teruk dan bengkak susu di mana terdapat ketulan di dada kanan atas yang membesar dengan pantas walaupun usaha tuam dan penyusuan terus-menerus dibuat. Tidak dinafikan, kurangnya ilmu dan kesedaran tentang apa yang sedang saya hadapi telah menjadikan keadaan bertambah buruk dan akhirnya saya terpaksa dibedah akibat ‘mastitis’. Kesakitan yang terlampau akibat kelenjar yang tersumbat (bukan tersumbat di puting, tetapi tersumbat di saluran kelenjar dalaman yang telah menyebabkan susu terkumpul dan menjadi basi dan ini seterusnya bertukar ke keadaan yang lebih buruk, iaitu menjadi bisul)  telah memaksa saya mengambil keputusan terakhir demi menyelamatkan kelenjar-kelenjar lain dan mengelakkan keadaan yang lebih dahsyat.; iaitu dengan menjalani pembedahan… Ketika membuat keputusan untuk dibedah, saya berada di Selangor dan suami bekerja di Johor Bahru. Saya pasti tidak akan lupa kerana saya dibedah pada hari saya sepatutnya melapor diri selepas cuti bersalin..
Keputusan itu telah memberi kesan yang besar dalam hidup saya walaupun ia pembedahan ‘kecil’.  Oleh kerana ia pembedahan ‘membuang’ kelenjar, luka tersebut tidak dijahit tetapi sebaliknya, dibiarkan terbuka (tapi ditutup la dengan kapas). Luka mesti dipantau dan dicuci setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman ketika proses daging yang baru tumbuh. Ya Allah, sakitnya..pedihnya..hanya Allah yang Maha Tahu. Suami sentiasa di sisi, melihat semua yang saya hadapi dan memberi kata-kata semangat. Malah setiap sesi mencuci luka juga dia perhatikan, kadang-kala tergelak juga kerana muka dia lebih berkerut-kerut menahan ngilu dan sakit berbanding saya! Kesanggupan dia melihat luka (saya tidak pernah ingin melihat luka itu, kerana sangat dalam dan takut trauma teringat-ingat di kemudian hari!) dan memberi respons positif sangat membantu semangat juang saya..
Selepas pembedahan, Dr Jamal Pakar Bedah di DEMC datang melawat dan bertanyakan tentang penyusuan. TIada masalah untuk teruskan seperti biasa, iaitu cuma sebelah kiri sahaja sementara luka di belah kanan belum sembuh. Beliau malah menggalakkan saya untuk tidak berhenti menyusu! Namun begitu, keputusan tetap di tangan saya untuk difikirkan. Jika saya teruskan menyusu bererti luka di dada kanan akan berair (susu keluar melalui luka) dan harus dipam atau dipicit keluar. Jika saya mengambil pil untuk menghentikan susu, bermakna anak akan mula diberi susu formula. Naufal baru berusia 2 bulan! Sesungguhnya, saya benar-benar berada di persimpangan yang penuh buntu. Antara kepentingan diri sendiri, tanggungjawab terhadap anak, dan  tanggungjawab terhadap diri sendiri.  Hari pertama selepas pembedahan, saya masih bersemangat teguh ingin teruskan penyusuan. Saya pam dan buang susu dari belah kiri, kerana anak di nursery dan saya di wad. Tiada apa-apa yang boleh saya buat kecuali mengepam. Namun, semangat saya mula goyah selepas bertarung dengan sakit yang ketara apabila sebelah kanan membengkak (akibat ransangan susu terhasil) dan darah bercampur susu yang seakannya tidak mahu berhenti mengalir! Pam juga tidak membantu, malahan sakit makin berdenyut-denyut dan semakin banyak darah keluar kerana corong pam masih kena pada hujung luka. Picit? Sudah tidak mampu menahan sakitnya..Dan akibat bengkak itu juga, seperti ada batu di dada yang berat, keras, menyakitkan..Saya tewas, bersama air mata…  
Saya betul-betul bernasib baik kerana kakak saya juga mempunyai anak kecil hampir sebaya Naufal. Malahan, sepanjang saya di wad, Naufal mendapat susu ibu dari kakak saya. Dia benar-benar membantu menguruskan Naufal sebelum saya keluar dari wad dan balik ke Johor Bahru untuk dijaga oleh ibu mertua. Bermulalah kisah saya dan pemulihan diri. Anak dijaga oleh ibu mertua sepanjang masa kerana saya benar-benar lemah malah seolah-olah kembali berpantang. Begini rasanya orang yang bersalin secara C-sect. Sakit!! Tidak boleh terhentak atau terhantuk sedikit pun. Bergoyang dalam kereta pun dah meremang rasa sakit .. malah berjalan pun perlahan, tunduk langsung tak boleh. Naufal diberi susu formula, dan saya terpaksa membuat keputusan paling sukar, iaitu mengambil pil hentikan susu supaya lebih cepat sembuh. Ya Allah, itulah keputusan paling berat tapi paling munasabah yang saya pernah buat setakat ini. Kerana di saat saya bergelut sakit, suami mendapat khabar berita gembira. Dia mendapat tawaran biasiswa untuk meneruskan PhDnya ke Jepun. Saya tidak berfikir dua kali untuk melepaskan kerjaya di Selangor dan mengikut suami.
Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac lalu telah menyebabkan perjalanan kami tertunda. Mula-mula, kami telah menukar tarikh penerbangan ke bulan April. Saya masih langsung tidak boleh mendukung anak kerana luka yang amat perit dan sakit. Hikmah di sebalik setiap yang berlaku, saya punyai masa untuk sembuh sepenuhnya sebelum bertolak ke Jepun..Alhamdulillah! Namun, masih belum melegakan kerana berita tentang kebocoran tangki nuklear pula merungsingkan kami dan telah menyebabkan kami berfikir untuk pelan B, iaitu bertolak ke  Jepun pada bulan Mei . Di saat itulah timbul niat untuk kembali  mencuba menyusukan Naufal kerana kadang-kala, susu masih mengalir keluar. Ini telah memberi semangat yang tinggi kepada saya. Walaupun cuma cair seperti air (susu sudah kering mungkin ketika itu akibat ubat), jika ditekan masih boleh dapat setitik dua. Petanda baik?
Dua minggu lamanya masa saya dan suami ambil untuk berbincang baik buruk, kesan pro dan kontra niat saya untuk menyambung penyusuan setelah hampir 2 bulan berhenti. Suami sangat memahami namun meminta agar saya mendahulukan kesihatan diri kerana tidak mahu ia berulang ..lebih-lebih lagi setelah kami ke Jepun nanti. Saya lebih terdorong untuk kembali menyusu kerana ingin memberi anak saya antibodi yang dia perlukan. Susu formula tiada antibodi seperti susu ibu. Ketakutan saya hanya mainan perasaan dan tidak berbaloi untuk difikirkan berbanding peri pentingnya kesihatan anak saya. Kali ini saya benar-benar nekad!
 Saya mula membuat kajian di internet, di blog-blog pakar laktasi seperti Puan Farah Farhan, Dunia Susu Ibu, dan beberapa blog ibu menyusu seperti Kak Azlin Atan (Mikiadiddles), Kak Nor (Dapur Aulad) dan lain lain. Saya turut menghabiskan masa dengan menghubungi kawan-kawan dan mereka yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar.  Saya dan suami turut pergi berjumpa pakar laktasi di Hospital Pakar Puteri JB dan mendapat kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang saya amat perlukan untuk memulakan perjalanan baru ini. Langkah pertama saya adalah membuang puting Naufal (nyah kau, aku tak perlukan kau lagi! J ) , dan memberi puting saya untuk dia tidur. Langkah awal ini memberinya peluang untuk kembali selesa dengan saya dan membantu untuk menerimanya seperti dulu. Alhamdulillah, dia tak tolak. Seterusnya saya gunakan puting berlubang satu untuk susu botol formulanya. Ini atas nasihat kawan-kawan supaya  dia lebih ‘berusaha’, sama ketika menyusu badan di mana dia harus menghisap untuk mendapat susu. Saya turut membuat catatan jumlah susu yang Naufal minum sehari, iaitu sekitar 20-24oz. Setelah dari situ, saya berazam gantikan 3/4 dari 4oz yang Naufal minum per sesi dengan susu badan (yang mungkin ketika itu wallahualam banyak mana). Ini membantu merangsang otak dan kelenjar untuk stimulasi penghasilan susu kerana hisapan lebih kuat ketika minum berbanding ketika Naufal ingin tidur.
Selain dari itu, saya juga mendapatkan nasihat berkenaan pemakanan dan penambahan susu.  Selain makanan harian seperti sawi, tempe, lobak putih, air longan, kurma, dan byk lagi..saya turut mengambil supplemen untuk memperbaiki sistem dalaman badan. Saya sentiasa menerima sms bertanyakan progress saya, Alhamdulillah keluarga benar-benar menyokong dan mendorong tindakan saya. Terima kasih mak kerana membantu setiap hari dan ‘memarahi’ saya membuat kerja rumah walaupun sedikit. Terima kasih pada Kak Alin kerana memperkenalkan Shaklee dan Kak Nor yang sentiasa prihatin dengan keadaan kami.  Juga pada suami yang tidak henti-henti memberi dorongan moral, memastikan saya cukup makan dan cukup minum, makan supplemen pada masanya, dan banyak lagi. Saya juga mencatat masa dan setiap hasil yang saya pam (walaupun cuma 0.5oz!) dan tanpa penat dan jemu terus melakukan ‘power pumping’ sehingga lebih kurang sebulan. Tidak cukup dengan halba, Shaklee dan makanan berkhasiat harian, saya turut berjumpa doktor dan meminta nasihat sekiranya boleh untuk memakan pil penambah susu. Doktor memberi sokongan dan saya mendapat bekalan selama hampir 1 bulan sebagai penggalak susu di peringkat awal ini.
Proses ini memang amat perlahan dan menduga emosi dan perasaan. Hasil pam masih tidak pernah mencapai 2oz. Jika mencecah 1oz pun, hanya di pagi hari. Setiap 2-3 jam saya akan mengepam, dan menyusukan Naufal. Ada ketika saya rasa ‘seolah-olah’ kejam memaksa si kecil untuk minum daripada saya hingga dia menangis dan saya turut menangis. Malam hari juga begitu, sehinggalah pada suatu malam Naufal terjaga untuk minum dan saya mampu untuk memberi dia minum tanpa dia merengek atau menangis minta susu formula. Dia tertidur semula selepas sendawa! Allahu Akbar, saya tidur dengan air mata gembira…
Kini, sudah 3 bulan kami sekeluarga di Tokyo, Jepun. 2 minggu lagi genap usia Naufal 8 bulan. Semenjak sampai hinggalah kini dia bergigi 2, Alhamdulillah tidak pernah mendapat demam, selsema atau batuk. Selera makan juga amat bagus.  Tidak dapat dinafikan, kesan pengambilan ubat hentikan susu (saya lupa nama ubat) menyebabkan susu saya lambat untuk terhasil (kita tahu bila susu di dada penuh dan banyak..). Saya turut menerima hakikat saya tidak mampu untuk membekalkan 100% keperluan susu harian Naufal. Dia masih minum susu formula, tetapi 1 atau 2 botol sahaja di sebelah petang. Setiap botol cuma 4oz dan selebihnya adalah susu ibu. Boleh diandaikan 80% susu ibu, dan 20% susu formula…alhamdulillah, ia lebih daripada target saya. Biarlah begitu, saya sudah bersyukur dan berpuas hati. Lagi pula kini saya di rumah sepenuh masa, bersama Naufal. Peluang untuk terus menyusu masih tinggi, mungkin keadaan berbeza sekiranya saya bekerja. Perjalanan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun menyusukan Naufal masih lagi jauh. Tapi setakat ini masih ada rezekinya, dan saya tidak akan pernah jemu untuk terus berusaha selagi saya terdaya dan diizinkanNya.. sekian… J

p/s: pheww..panjang nya. selepas SPM, inila karangan BM saya yg pertama!

Moral dari kisah dan pengalamanan saya ini:
1. Ibu-ibu, bakal ibu mesti mencari ilmu penyusuan selengkap mungkin. Bukan sekadar ilmu tentang pam, penyimpanan susu, penambah susu dll, tetapi juga siapkan diri dengan ‘worst case senario’ dan tindakan seharusnya ketika menghadapi situasi tersebut.
2. Berikan pendedahan awal tentang jenis-jenis dan gambaran situasi masalah penyusuan kepada bakal ibu, atau ibu-ibu sama ada melalui perjumpaan, kelas antenatal, laman sosial dan lain-lain supaya ia dapat di elak seawal mungkin. Ketika saya bertanya, kenapa ia boleh terjadi (kelenjar tersumbat) sedangkan normal di awalnya, jawab doktor ia boleh terjadi kepada sesiapa, bila-bila masa selagi anda menyusukan anak. Sediakan payung sebelum hujan itu memang penting!
3. Kurangkan percaya pada mitos. Pergilah berjumpa pakar, doktor, untuk pemeriksaan seawal mungkin. Di awal simptom saya silap kerana percaya pada bidan urut menyatakan ia cuma bengkak angin.
4. Susu boleh terhasil! Itu semua di minda dan kemahuan (serta usaha) kita. Percaya lah dan bersikap positif.


*************************************************

The Little Guy, 4mo masa baru sampai...
now he's a big boy of 7mo+.. ;)
 Talks about the strength of being a mom... ;) will do anything for our kid, right?

(^o^)v
bopandot

Friday, 29 July 2011

keropok lekor..nippon mariii..

smlm tgk game Harimau Malaya lawan Singapore.. not really focus kt game..papa je tukang jadi 2nd commentator, sbb ibu sibuk belah ikan, adun tepung..sbb teringin sgt nk mkn kepok lekor..

resepi amik kt DapurAulad.. aritu tgk dh sampai jemen resepi ni. hehehe..
nak salin kt sini la plak, kot2 ade sape2 nk tgk..

keropok lekor perantau
asal : minami133 of MyR
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)- ade jumpa 3 ekor 580Yen
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (jumpa sbb byk kat sini)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto- kami takde beli ...tak simpan kt umah..
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air 
Cara membuatnya:
1.  Bersihkan ikan. Ambil isi ikan dan kisar biar lumat
2.  Gaul rata isi ikan dan tepung serta garam dan serbuk perasa (jika ada digunakan).
3.  Ambil sedikit doh ikan ini dan gentel di atas papan canai sehingga jadi bentuk keropok lekor
4.  Panaskan air dalam periuk.  Masukkan keropok ikan tadi ke dalam air panas.
5.  Angkat keropok setelah ia timbul iaitu bila sudah masak.
6.  Boleh digoreng atau dimakan begitu sahaja bersama sos pedas.

dari kiri: tepung mochi, tepung gandum, dan tepung kanji
 biasa lah..bab2 derhaka terer dah.. campur2 je tepung 3 jenis ni. mochi letak sket je. cukup2-3 sudu makan. dapat dlm 22pcs gak, kecik-kecik size as shown... sbb buat tgh malam, The Little Guy tgh tido, so ikan tu dilumatkan pakai blender tangan ibu je. huahahaah..bising ler blender memalam ni!
rebus utk test mkn...sheeedaaaappp wooo.. pakai sos sweet thai je. 
yang balance, simpan dlm freezer utk next time craving. mencabar seyh nk dpt kan kepok lekor handmade ni. terkebil2 membuang tulang ikan dan kulit ikan.

rupa dah tak matter anymore, sbb yang penting rase ikan sangat 'banyak'.. masyuk layan...
owh, papa tak gemar yg dh digoreng. rebus lagi sedap katanya. ya setuju!

cubalah..

(*_*)v
bopandot

Wednesday, 27 July 2011

ibu, saya suka makan!

The Little Guy enjoy his meal time.. so much kot! apehal yer..selera sungguh. no worry punya bab appetite. laju weh dia nk mkn. hm, sooo mcm papa. teettt.. haha..bapak borek anak rintik, papa suka ckp camtu when i bu mentioned about this.
tp bagus latu kan. dah la stakat he's 7mo ni...tak de sakit lagi. yg major like demam..batuk..selsema etc etc tu.
ALHAMDULILLAh byk2. last dia demam..masa dia 3bulan lepas cucuk 6serangkai tu kot. and thats it. sejak tu, sihat walafiaattt...sampaiii laaa nii... (^o^) hepi betul tau!

beri @ ajar dia makan sendiri... finger foods.
bab ni, tak yah ajar...semulajadi pandai. ekekeke..
but ibu do realized, he's more proficient or quick by his left hand, rather than his right hand. too early for that assumption eh? tunggu..tunggu.. ;p

jom, blaja minum air plak!

orang suh minum..bukan gigit..geget kang dak nih! ;)
his diet..ehehe..shown: jagung, carrot, brokoli. yummy kan?
among his favourite thing, tali beg papa. apadaa... toys byk2 tak geget plak!! grrr.. ;)
ok geng. my small boss suda jerit2.
mau makan dh ke?? hahaha..

(^_^)v
bopandot

Tuesday, 26 July 2011

sambungan kisah tergigit lidah.. versi surprise

surprise..surprise...
i dont know from where did he get the idea...but knowing him well...this is the most surprising act!

this is soooo not papa! keh keh..
i got flowers?? *unbelievable*
did he read the blog? so not him ..he reads bila dh 1-2weeks later. takpun, bila ibu ckp psl blog. org bz ngan lab la kata kan.
mmg kelakar, he even pull a trick to get me out of the room (im nursing The Little Guy td)..sakit kaki tergeliat konon!! huahahaa.. u got me there!jahat!!

yes, im melted jap ok. sbb ni act paling rare spnjang kami kawen. yes, he is not that mushy mushy romantic guy. tetiba bagi bunga...mau terkejut tipah dibuatnya.
but i LOL gak, thinking 'owh u are so sweet syg..im not merajuk anymore pun..'

i asked him, mischievously.."nk merajuk lagi lah camni..so that i get the flowers again, then?".
he's answer? yaaa..lagi mau tanya. a straight NO. ceessss...

(@_@)v
bopandot

sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula..

ye, bz menjahit.
tak sempat nk menyempatkan diri utk update.

masa kosong mesti ngan The Little Guy, or masak. or house chores.or reading.
yup..lama gak tak mbaca, rase weng.
i means baca buku. buka baca facebook. tu tak kire kategori mbaca, ye..

ujung bln ni, cukup 3bln me n papa..and The Little Guy hidup sendiri.bertiga.
seronok, hidup sendiri. enough said.

tp kdg2 ditimpa hujan juga. hehe.
but i said sorry in my own way..no matter who is at the wrong side, tak rugi kita yg mintak maaf. kan? hee..
bukan telor goreng ler wei... tu nasi goreng pattaya tau!
haha.mogok pun, dapur department takleh tutup sey.lapar perut takde kedai pn yg bole pegi. kena masak gak.
buat omurice..ayam blackpepper lagi tau. chilli 2 ketul pedas berasap. hehe.
sape makan cili, dia yg terasa pedas nye.ouch?!
all in all..kami hidup aman damai bahagia selama-lamanya...amin... ;)

owh.
i finished the first bag. *for syaima'*. more of experimental kot. sorry kakak, tak seindah mana.
now on my 2nd bag. hehe..diri sendiri pn mau. i am a biiiit ambitious this time. play with corak, tampal kt bag yg plain. suka ati. buat plak jahitan err.. ape nama nya tuh.*blanket stictch*. tima kasih pakcik gugel.
chantek tak? cantek tak? cantek tak??? ckp la cantekk... hehehe
another 1 but smaller bag.. for anak sedara, Nadiah..sempat la pulun nnt.insya Allah..
first time buat apple pie besarr... utk member yg nak pindah umah..ja mata~
brownies cheesecake for the bday boy. sorry mcair..jauh jalan..panas.. hehe
so then, update psl sushi tak buat lagi ni..
nnt la..

(*_*)v
bopandot

Friday, 15 July 2011

pizza tak sengaja...

hari ni dh buntu nk masak ape..
2 hari rally masak beria..nasi tomato ayam..then semalam nasi ayam + sup soto and ayam grill..
bila tanya papa..dia ckp mee goreng je laah.. ok, set. mudah kerja..hehe..
tp teringin nk buat bun inti kacang merah..maklum la baru sampai dari Malaysia.. so kul 2pm td baru bkobar nk meroti...
resepi guna resepi roti paun amik dari sini. pandai2 je ni letak inti..harap mjadi..tgh tunggu dia kembang.. dpt 6biji dlm tray roti paun (kosong..untuk papa yg tak gemar red bean)..and 5 biji roti dlm muffin cup (berinti for me)

nasi tomato ayam..ngan acar timun

nasi ayam + ayam grilled

layan ngan sup ni..letak sambal kicap..terbaikk!!
kenapa tajuk pizza tak sengaja? sbb tak plan mau memiza skali..ingat nk meroti aje.. tgk roti dh byk ketul dpt, terus dgn bijaknya manipulate doh roti td...
doh ni ibu uli jap ngan serbuk parsley..bg rase sodap sket.. 
jgn main-main..pizza tak sengaja pun...versi stuffed crust ni. ahaha..saje gatal..dh lama tak main tepung gini la jd nya..
topping: belen ayam grill, sosej, and bwg je..and mozarella byk2!!
ni moral nya if buat pizza guna doh roti yer...kombangg semangkuk! hambeek...LOL
tp gebus toksah citer...erm best jugak yer. hihi
nk panggil pizza ker..roti semangkuk?! hihi
kembang2 pun..lembut gebu..haha..

nahhh..nampak tak cheese yg di tepi tuu..
ok lah..tunggu roti tgh naik ni..
kita kasik preview sket roti inti ku..
ni khas utk org yg takde tray muffin..bole guna method-pandai ku ini.ekekeke..
cupcake in muffin.. ;p

oohh.. about the project..
almost done on my first one..
nk topstitch tali je lg.. then done and pasni bole la tayang kt org kampung..hehe
potong kain di tgh malam yg aman...sbb The Little Guy tidur.. ;)

katakana for SYAIMA'
final phase..combining the straps..  
apa The Little Guy buat masa ibu wat keje?
bz on his new ABC mat..
ok lor... sudah panjang..mau bakar itu roti..sudah cukup masa..
nnt kita share citer pasal jalan2 pegi Nitori (kedai perabot & kelengkapan umah) and bento sushi..

(*_*)v
bopandot

Friday, 8 July 2011

summer treat~

salam semua.. di musim panas (kat luar la panas..kt umah nyamannn) ..elok dpt pekena makanan n minuman sejuk2...mcm smoothies... mcm milkshake..
penah baca kt mane (tak ingat), ade certain buah tak sesuai digabungkan dgn susu..tak bagus..
tp rase nya cherry n kiwi tak termasuk dlm tu..kot?

bahan2 yg mudah, cuma 3 perkara
ibu dh lama mengidam nk buat milkshake ni..tp makan sorang ooh mmg tak syok.. so ptg kelmarin papa balik for lunch, since dia ade kelas until mlm..so ibu buat la milkshakes ni..layered milkshakes, inspired from this lady
sgt mudah..aiskrim ade 3-4 pack dlm fridge..buah kiwi ade..cherry pn ade..lengkap la 2 layer dh cukup..
make 2 person: 2bekas aiskrim vanilla (200ml each), 1 cup susu segar, and a cup each of buah pilihan..
mmg kena buat dgn tangkas dan pantas..utk elakkan dia cair, nnt layer tak jadi la layer..
hasil nya??
cherry di bawah...kiwi di atas..
straw atau sudu...dua2 pun menyegarkan..sloooshhh.... nyum2..
sesuai utk org yg liat nk minum susu n makan buah..papa liat gak mkn buah2 ni..kena manipulate resepi mcm ni, abis dia selesaikan. hehehe
anak papa plak mcm mane ye??
erm mmg takde masalah.. makan? lajuu..
makan sambil main..
mmg berebut nk pegang sudu..aishh..haha
dek terpandang nasi lemak jue jiran ku...teringin tekak dtg.. haha
since ade bahan2 yg ala kadar tu, layan je lahh..nasi lemak..utk mkn malam.
nasi lemak yg tak lemak...;)

ok, skrg ibu mmg buat keje kt meja pc. bukan kt meja makan. sbb tgh tgk instruction a.k.a tutorial...utk buat ni...
projek ..projek...
projek yg masih rahsia..dateline sebelum balik raya. patut kita bagi nama kod tak yer projek ni.. mcm time keje2 dulu..
D54T..D73A...haha
ni kita nk panggil ape yer? hmmm..D224T ...hehehe.. yes. saya je yg paham kenapa.

nnt ibu update lagi, ape progress nya.....

tunggu.. (*_*)v
bopandot

Thursday, 7 July 2011

roti..roti..roti of my heart..

edisi nk tayang roti burger pertama (hehe..semua entry masak mcm semua pun 'first time' nih)..sbb dulu keje ku bukan di dapur department...
dulu keje ku di depan komputer..mendesign kereta..bukan ler sebijik kete tu..tp equipment for a car..to be exact?? dulu sy ni keje jaga development utk interface kereta.. to be exact lagi..design meter kereta..
my last project was the 'new myvi LAGI BEST' tu.. uhuuu..tak sempat merasa pelancaran..sbb dh resign..anyway, time tu dh masuk production phase pun..so development phase dh siap dgn jayanya!
ooh..apsal tkenang keje lak ni.rindu mungkin..dgn colleagues, ngan my EEE group.. ngan my ever sporting bosses (satu grup leader..satu lg section leader).. ok ok..sudah..sudah..
back to main topic, roti.. ;)

siap sedia utk proofing kali ke 2... buat 4 ketul je.. tgh tu lebihan..haha
nk buat roti burger la plak.. tak buat byk, sbb berdua..kang kalo sukatan 200g tepung..uih puas makan roti ler plak..
kikiki...macam romantis plak saya skarang...;p
ni nk test mould yg beli kat daiso aritu.. bekas ni ekceli tuk kek.. tp telah di manipulasi oleh ibu yg mcm bijak derhaka ini. yezz.. lagipun, doh tu takleh letak byk2 dlm round pan tu.sbb nnt dia kembang n berlaga..tu pasal kes buat roti 4 ketul je. hehe.al kisahnya...
selamattt..dah masak. yatta!! wah i can made burger buns~ LOL
pose..pose..ok..ok..pusing sket..ok..
pose lagi. ahaha..ni dh kes ngada2.. owh miss my dslr..;(
alhamdulilah...molek kembang chenta hatiku ini... hihi
kita pose utk tgk ketebalan dia plak..
my lunch~ so filling. kenyang mcm mkn big maC
yer..gebu..sbb ibu sabar. hehe.. teknik water roux yg bguna.. ;) 
papa tkejut and of course tersengih tgk hasil roti2 ibu.. kagum seyyhh.. isteri dia dok jauh dari mak pak..pandai plak (rupa-rupanya) masak. hahaha.. i thot so too. mcm kelakar, when u are away from all convenience, it turned the best out of you. so true!
roti burger chenta hati tu ibu buat after hari ke-3. yes.betul, and yer still gebu.. sedap..bila dh siap2 hidang, ibu basuh pinggan. papa panggil, 'sayang, jom la dating..'.. uh? ooo papa ajak makan. hahahaha
mentang2 mkn burger bentuk chenta hati..hee...
jemput la tgk.huhu
kalo burger shape2 mcm ni, buat meniaga..bole jadi niche market gak ni. hehe
betul kan?? ape da M*Donald ke.. burgerK*ng ke... tak terpikir ke.. or rugi dari segi production rate ke.. tatau la..tp best ni, buat seasonal item. musim2 org sambut hari bercinta..jual ni bole jadi hot item gak ni.

Umi, tanak try buat ni ke in your business proposal??

ok, ape The Little Guy buat masa ibu sibuk??
saya suka tido~
sekian kisah roti yg pertama.
mcm nk buat roti cheese yg bergula..tp kureng sambutan la dari papa (dia tak gemar)..hm, nk teruskan misi..or tak..

(>_<)v
bopandot

Monday, 4 July 2011

sepetang yg indah

salam..
hari sabtu ..keluar pi Apita...
hari ahad plak.. keluar gak.. pi Tokyu..
on these summer days, mmg tak keluar lepas zohor as what we used to do..tp keluar lepas asar..lepas cuaca agak redup dan mendung2 angin bertiup.
giler gak if kuar time2 kul 12noon tu...uuiih org kata panas merelit~
sian The Little Guy nnt, panas sgt.
so keluar petang2 pukul 5pm is a good time sambil2 bercinta (dating)..hehe

now..he like to do that, stretching the legs huh??! mujur kiut.hehe
byk benda yg ibu rase mcm tak patut tp 'alamak-ade-jual' ade dijumpai di sini.
aritu terjumpa pokok bunga ta*i ayam dijual kt kedai bunga...tu kira logik ler, sbb bunga dia kecik2 tu comel la gak.. warna warni.. tp petang smlm terjumpa lagi satu pokok..
kenal tak tu pokok ape??
haha. yess! semalu pun dah masuk kedai bunga beb! hahaha..gelak lagi satu round. meh dtg my kampung mehh..bersepah tepi jalan takde sape heran ngan semalu ni.. huhu..dia jual tuh....bole buat berniaga nih spesis ni..
gigit jari dibuatnya hehehe
ok lah, jalan2 sbnrnya cari brg sket kt Daiso. some felt for ibu's now-still-secret-project.. some stationaries for papa.. some botol-roti-jala for umi, and other things needed for our little home.
still ade masa utk lepak2..we bought some sushi and a bottle of water, and off to the park dkt ngan kaikan..
yummy for 680Y

another yummy for 780Y
ni ibu yg belanja papa, sbb dia bjaya buat tugasan yg harus diselesaikan utk discussion ngan sensei. do and reward sket utk papa. ;)
last but not least, arahan utk soup spoon.. bagus kan..detail..padahal sudu je...

(*_*)v
bopandot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~