lebih terpanggil utk share pengalaman sebenarnya..hadiah tak terlalu dikejar.kalau dpt, rezki Naufal.tak dpt takpelah bukan kita punya.
so, nk copy-paste karangan berjela yang ibu buat tu. read-proof by papa (of kos...)..dia betulkan perkataan2 yg sesuai (plus some grammar..adehh).. i took about 2weeks+ memikirkan jln cerita supaya msg sampai dan tidak meleret. dan supaya menarik utk dibaca. (that's a point to consider when story telling kan? kan? hehe)
i learnt my lesson the hardest way, hope you will not have to go thru all this.
cheers~ selamat membaca. ^_^
Kategori: Relaktasi
Tarikh lahir anak: 12th Dec 2010
Entry:
Bismillahirrahmaanirrahimm..entry ini ku coretkan dengan tujuan berkongsi pengalaman dan untuk menyertai pertandingan Dunia Susu Ibu..Moga memberi manfaat, insya Allah.
Assalamualaikum semua.
Saya ingin berkongsi pengalaman menyusukan anak di kategori relaktasi, iaitu menyambung semula penyusuan selepas terhenti. Anak pertama saya diberi nama Naufal, dan Alhamdulillah sejak mengandung hinggalah proses kelahiran semuanya lancar secara normal tanpa sebarang komplikasi. Berpantang juga tiada masalah kecuali susu saya agak kurang di minggu ke-2 dan ke-3 kerana mungkin pemakanan yang tidak betul. Semua kembali lancar selepas mendapat tunjuk ajar dari kaum keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa membantu.
Namun, di minggu ke-8 (pertengahan Februari) iaitu beberapa hari sebelum cuti bersalin saya tamat, saya telah mengalami demam teruk dan bengkak susu di mana terdapat ketulan di dada kanan atas yang membesar dengan pantas walaupun usaha tuam dan penyusuan terus-menerus dibuat. Tidak dinafikan, kurangnya ilmu dan kesedaran tentang apa yang sedang saya hadapi telah menjadikan keadaan bertambah buruk dan akhirnya saya terpaksa dibedah akibat ‘mastitis’. Kesakitan yang terlampau akibat kelenjar yang tersumbat (bukan tersumbat di puting, tetapi tersumbat di saluran kelenjar dalaman yang telah menyebabkan susu terkumpul dan menjadi basi dan ini seterusnya bertukar ke keadaan yang lebih buruk, iaitu menjadi bisul) telah memaksa saya mengambil keputusan terakhir demi menyelamatkan kelenjar-kelenjar lain dan mengelakkan keadaan yang lebih dahsyat.; iaitu dengan menjalani pembedahan… Ketika membuat keputusan untuk dibedah, saya berada di Selangor dan suami bekerja di Johor Bahru. Saya pasti tidak akan lupa kerana saya dibedah pada hari saya sepatutnya melapor diri selepas cuti bersalin..
Keputusan itu telah memberi kesan yang besar dalam hidup saya walaupun ia pembedahan ‘kecil’. Oleh kerana ia pembedahan ‘membuang’ kelenjar, luka tersebut tidak dijahit tetapi sebaliknya, dibiarkan terbuka (tapi ditutup la dengan kapas). Luka mesti dipantau dan dicuci setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman ketika proses daging yang baru tumbuh. Ya Allah, sakitnya..pedihnya..hanya Allah yang Maha Tahu. Suami sentiasa di sisi, melihat semua yang saya hadapi dan memberi kata-kata semangat. Malah setiap sesi mencuci luka juga dia perhatikan, kadang-kala tergelak juga kerana muka dia lebih berkerut-kerut menahan ngilu dan sakit berbanding saya! Kesanggupan dia melihat luka (saya tidak pernah ingin melihat luka itu, kerana sangat dalam dan takut trauma teringat-ingat di kemudian hari!) dan memberi respons positif sangat membantu semangat juang saya..
Selepas pembedahan, Dr Jamal Pakar Bedah di DEMC datang melawat dan bertanyakan tentang penyusuan. TIada masalah untuk teruskan seperti biasa, iaitu cuma sebelah kiri sahaja sementara luka di belah kanan belum sembuh. Beliau malah menggalakkan saya untuk tidak berhenti menyusu! Namun begitu, keputusan tetap di tangan saya untuk difikirkan. Jika saya teruskan menyusu bererti luka di dada kanan akan berair (susu keluar melalui luka) dan harus dipam atau dipicit keluar. Jika saya mengambil pil untuk menghentikan susu, bermakna anak akan mula diberi susu formula. Naufal baru berusia 2 bulan! Sesungguhnya, saya benar-benar berada di persimpangan yang penuh buntu. Antara kepentingan diri sendiri, tanggungjawab terhadap anak, dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Hari pertama selepas pembedahan, saya masih bersemangat teguh ingin teruskan penyusuan. Saya pam dan buang susu dari belah kiri, kerana anak di nursery dan saya di wad. Tiada apa-apa yang boleh saya buat kecuali mengepam. Namun, semangat saya mula goyah selepas bertarung dengan sakit yang ketara apabila sebelah kanan membengkak (akibat ransangan susu terhasil) dan darah bercampur susu yang seakannya tidak mahu berhenti mengalir! Pam juga tidak membantu, malahan sakit makin berdenyut-denyut dan semakin banyak darah keluar kerana corong pam masih kena pada hujung luka. Picit? Sudah tidak mampu menahan sakitnya..Dan akibat bengkak itu juga, seperti ada batu di dada yang berat, keras, menyakitkan..Saya tewas, bersama air mata…
Saya betul-betul bernasib baik kerana kakak saya juga mempunyai anak kecil hampir sebaya Naufal. Malahan, sepanjang saya di wad, Naufal mendapat susu ibu dari kakak saya. Dia benar-benar membantu menguruskan Naufal sebelum saya keluar dari wad dan balik ke Johor Bahru untuk dijaga oleh ibu mertua. Bermulalah kisah saya dan pemulihan diri. Anak dijaga oleh ibu mertua sepanjang masa kerana saya benar-benar lemah malah seolah-olah kembali berpantang. Begini rasanya orang yang bersalin secara C-sect. Sakit!! Tidak boleh terhentak atau terhantuk sedikit pun. Bergoyang dalam kereta pun dah meremang rasa sakit .. malah berjalan pun perlahan, tunduk langsung tak boleh. Naufal diberi susu formula, dan saya terpaksa membuat keputusan paling sukar, iaitu mengambil pil hentikan susu supaya lebih cepat sembuh. Ya Allah, itulah keputusan paling berat tapi paling munasabah yang saya pernah buat setakat ini. Kerana di saat saya bergelut sakit, suami mendapat khabar berita gembira. Dia mendapat tawaran biasiswa untuk meneruskan PhDnya ke Jepun. Saya tidak berfikir dua kali untuk melepaskan kerjaya di Selangor dan mengikut suami.
Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac lalu telah menyebabkan perjalanan kami tertunda. Mula-mula, kami telah menukar tarikh penerbangan ke bulan April. Saya masih langsung tidak boleh mendukung anak kerana luka yang amat perit dan sakit. Hikmah di sebalik setiap yang berlaku, saya punyai masa untuk sembuh sepenuhnya sebelum bertolak ke Jepun..Alhamdulillah! Namun, masih belum melegakan kerana berita tentang kebocoran tangki nuklear pula merungsingkan kami dan telah menyebabkan kami berfikir untuk pelan B, iaitu bertolak ke Jepun pada bulan Mei . Di saat itulah timbul niat untuk kembali mencuba menyusukan Naufal kerana kadang-kala, susu masih mengalir keluar. Ini telah memberi semangat yang tinggi kepada saya. Walaupun cuma cair seperti air (susu sudah kering mungkin ketika itu akibat ubat), jika ditekan masih boleh dapat setitik dua. Petanda baik?
Dua minggu lamanya masa saya dan suami ambil untuk berbincang baik buruk, kesan pro dan kontra niat saya untuk menyambung penyusuan setelah hampir 2 bulan berhenti. Suami sangat memahami namun meminta agar saya mendahulukan kesihatan diri kerana tidak mahu ia berulang ..lebih-lebih lagi setelah kami ke Jepun nanti. Saya lebih terdorong untuk kembali menyusu kerana ingin memberi anak saya antibodi yang dia perlukan. Susu formula tiada antibodi seperti susu ibu. Ketakutan saya hanya mainan perasaan dan tidak berbaloi untuk difikirkan berbanding peri pentingnya kesihatan anak saya. Kali ini saya benar-benar nekad!
Saya mula membuat kajian di internet, di blog-blog pakar laktasi seperti Puan Farah Farhan, Dunia Susu Ibu, dan beberapa blog ibu menyusu seperti Kak Azlin Atan (Mikiadiddles), Kak Nor (Dapur Aulad) dan lain lain. Saya turut menghabiskan masa dengan menghubungi kawan-kawan dan mereka yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar. Saya dan suami turut pergi berjumpa pakar laktasi di Hospital Pakar Puteri JB dan mendapat kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang saya amat perlukan untuk memulakan perjalanan baru ini. Langkah pertama saya adalah membuang puting Naufal (nyah kau, aku tak perlukan kau lagi! J ) , dan memberi puting saya untuk dia tidur. Langkah awal ini memberinya peluang untuk kembali selesa dengan saya dan membantu untuk menerimanya seperti dulu. Alhamdulillah, dia tak tolak. Seterusnya saya gunakan puting berlubang satu untuk susu botol formulanya. Ini atas nasihat kawan-kawan supaya dia lebih ‘berusaha’, sama ketika menyusu badan di mana dia harus menghisap untuk mendapat susu. Saya turut membuat catatan jumlah susu yang Naufal minum sehari, iaitu sekitar 20-24oz. Setelah dari situ, saya berazam gantikan 3/4 dari 4oz yang Naufal minum per sesi dengan susu badan (yang mungkin ketika itu wallahualam banyak mana). Ini membantu merangsang otak dan kelenjar untuk stimulasi penghasilan susu kerana hisapan lebih kuat ketika minum berbanding ketika Naufal ingin tidur.
Selain dari itu, saya juga mendapatkan nasihat berkenaan pemakanan dan penambahan susu. Selain makanan harian seperti sawi, tempe, lobak putih, air longan, kurma, dan byk lagi..saya turut mengambil supplemen untuk memperbaiki sistem dalaman badan. Saya sentiasa menerima sms bertanyakan progress saya, Alhamdulillah keluarga benar-benar menyokong dan mendorong tindakan saya. Terima kasih mak kerana membantu setiap hari dan ‘memarahi’ saya membuat kerja rumah walaupun sedikit. Terima kasih pada Kak Alin kerana memperkenalkan Shaklee dan Kak Nor yang sentiasa prihatin dengan keadaan kami. Juga pada suami yang tidak henti-henti memberi dorongan moral, memastikan saya cukup makan dan cukup minum, makan supplemen pada masanya, dan banyak lagi. Saya juga mencatat masa dan setiap hasil yang saya pam (walaupun cuma 0.5oz!) dan tanpa penat dan jemu terus melakukan ‘power pumping’ sehingga lebih kurang sebulan. Tidak cukup dengan halba, Shaklee dan makanan berkhasiat harian, saya turut berjumpa doktor dan meminta nasihat sekiranya boleh untuk memakan pil penambah susu. Doktor memberi sokongan dan saya mendapat bekalan selama hampir 1 bulan sebagai penggalak susu di peringkat awal ini.
Proses ini memang amat perlahan dan menduga emosi dan perasaan. Hasil pam masih tidak pernah mencapai 2oz. Jika mencecah 1oz pun, hanya di pagi hari. Setiap 2-3 jam saya akan mengepam, dan menyusukan Naufal. Ada ketika saya rasa ‘seolah-olah’ kejam memaksa si kecil untuk minum daripada saya hingga dia menangis dan saya turut menangis. Malam hari juga begitu, sehinggalah pada suatu malam Naufal terjaga untuk minum dan saya mampu untuk memberi dia minum tanpa dia merengek atau menangis minta susu formula. Dia tertidur semula selepas sendawa! Allahu Akbar, saya tidur dengan air mata gembira…
Kini, sudah 3 bulan kami sekeluarga di Tokyo, Jepun. 2 minggu lagi genap usia Naufal 8 bulan. Semenjak sampai hinggalah kini dia bergigi 2, Alhamdulillah tidak pernah mendapat demam, selsema atau batuk. Selera makan juga amat bagus. Tidak dapat dinafikan, kesan pengambilan ubat hentikan susu (saya lupa nama ubat) menyebabkan susu saya lambat untuk terhasil (kita tahu bila susu di dada penuh dan banyak..). Saya turut menerima hakikat saya tidak mampu untuk membekalkan 100% keperluan susu harian Naufal. Dia masih minum susu formula, tetapi 1 atau 2 botol sahaja di sebelah petang. Setiap botol cuma 4oz dan selebihnya adalah susu ibu. Boleh diandaikan 80% susu ibu, dan 20% susu formula…alhamdulillah, ia lebih daripada target saya. Biarlah begitu, saya sudah bersyukur dan berpuas hati. Lagi pula kini saya di rumah sepenuh masa, bersama Naufal. Peluang untuk terus menyusu masih tinggi, mungkin keadaan berbeza sekiranya saya bekerja. Perjalanan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun menyusukan Naufal masih lagi jauh. Tapi setakat ini masih ada rezekinya, dan saya tidak akan pernah jemu untuk terus berusaha selagi saya terdaya dan diizinkanNya.. sekian… J
p/s: pheww..panjang nya. selepas SPM, inila karangan BM saya yg pertama!
Moral dari kisah dan pengalamanan saya ini:
1. Ibu-ibu, bakal ibu mesti mencari ilmu penyusuan selengkap mungkin. Bukan sekadar ilmu tentang pam, penyimpanan susu, penambah susu dll, tetapi juga siapkan diri dengan ‘worst case senario’ dan tindakan seharusnya ketika menghadapi situasi tersebut.
2. Berikan pendedahan awal tentang jenis-jenis dan gambaran situasi masalah penyusuan kepada bakal ibu, atau ibu-ibu sama ada melalui perjumpaan, kelas antenatal, laman sosial dan lain-lain supaya ia dapat di elak seawal mungkin. Ketika saya bertanya, kenapa ia boleh terjadi (kelenjar tersumbat) sedangkan normal di awalnya, jawab doktor ia boleh terjadi kepada sesiapa, bila-bila masa selagi anda menyusukan anak. Sediakan payung sebelum hujan itu memang penting!
3. Kurangkan percaya pada mitos. Pergilah berjumpa pakar, doktor, untuk pemeriksaan seawal mungkin. Di awal simptom saya silap kerana percaya pada bidan urut menyatakan ia cuma bengkak angin.
4. Susu boleh terhasil! Itu semua di minda dan kemahuan (serta usaha) kita. Percaya lah dan bersikap positif.
*************************************************
The Little Guy, 4mo masa baru sampai... |
now he's a big boy of 7mo+.. ;) |
Talks about the strength of being a mom... ;) will do anything for our kid, right?
(^o^)v
bopandot
4 comments:
As salam boleh sy tau pil ape yg awk ambil da supplement yg awk consume dr shaklee?
Assalam , Wah ... Memang menarik perkongsian puan ini . Masalah luka selepas operation ini jika tidak diambil tindakan boleh menyebabkan jangkitan kuman In Sha Allah Cara Menyembuhkan Luka Selepas Pembedahan Dengan Berkesan
ataupun bagi yang mengalami masalah ini , anda boleh juga whatsapp saya +60107096284 Aini untuk mengatasi masalah anda .Saya akan membantu anda mengatasi masalah luka anda daripada melarat .In Sha Allah :)
๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Salam saya nak Tanya... Berapa lama ambik masa luka untuk baik... Sya sekrang tengah melalui perbedahan... Luka sya baru 4hari...
Post a Comment